Thursday, June 25, 2015

Pakatan 2.0 Akan Harungi PRU14 Tanpa PAS


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyifatkan pertemuan antara pemimpin pembangkang dalam satu majlis berbuka puasa semalam adalah sebagai satu tindakan melahirkan Pakatan Rakyat (PR) yang baharu.

Teresa yang memuat naik beberapa keping gambar beliau bersama pemimpin PKR, Pas dan DAP berkata, pertemuan pada malam ini bagaikan membentuk satu Pakatan yang baharu selepas Pas memutuskan hubungan dengan DAP.

"Ketika keputusan muktamar Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP, tetpai malam ini ia seolah-olah memberi harapan lahirnya Pakatan Rakyat 2.0," tulis beliau menerusi laman Facebook miliknya.

Pemimpin yang hadir di dalam gambar tersebut ialah bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, bekas naib presiden Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Datuk Johari Abdul, naib presiden PKR Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

DAP sebelum ini mengumumkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada 3 buah parti kini tidak lagi wujud selepas Pas membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktmar Pas yang berlangsung baru-baru ini.

Dipetik daripada sumber : UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment