Thursday, June 25, 2015
PAS Mampu Tawan Putrajaya Pada PRU14?? Biar Betul Ibrahim Ali nii...
Presiden NGO Pendesak Melayu (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan
tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Pas bakal memberi keuntungan
besar kepada parti Islam itu pada Pilihan Raya Umum(PRU) akan datang.
Ibrahim berkata, Pas tidak akan mengalami kerugian apabila putus
hubungan dengan DAP, malah memberi keuntungan besar kepada parti Islam
itu untuk menarik lebih banyak sokongan undi orang Melayu.
"Tinjaun kita dalam perspektif politik orang Melayu, apabila Pas
berpisah dengan DAP, ia bukan tindakan yang merugikan Pas. Sebaliknya
Pas akan untung besar sekiranya Umno tidak ambil tindakan segera yang
proaktif," kata Ibrahim.
Menurut beliau, Pas mampu menarik sokongan orang Melayu yang selama ini
tiada pilihan lain untuk menyokong parti yang berteraskan kaum Melayu
seperti Umno.
Oleh itu, tidak mustahil Pas mampu menawan Putrajaya dengan sendirinya tanpa pertolongan dari DAP dan PKR.
"Ini kerana di kawasan majoriti orang Melayu, mereka pengundi bagi
sokongan pada Umno kerana tidak ada pilihan selain Umno walaupun tidak
puas hati dengan Umno," katanya.
Beliau turut memberi keyakinan kepada Pas untuk bergerak secara
sendirian dengan mengatakan sejumlah besar ahlinya yang menyokong Umno
akan beralih angin menyokong parti Islam itu jika bergerak solo.
"65 peratus ahli PERKASA adalah Umno. Sebahagian daripada mereka tidak
puas hati dengan Umno sejak 2008, sebanyak 90 peratus undi PERKASA
kepada pembangkang," katanya lagi.
Selain itu, beliau menyarankan Pas agar tidak bergabung dengan Umno jika tidak mahu dikecewakan kelak.
"Pas tidak akan bergabung dengan Umno. Saya tidak fikir Pas dan Umno
bergabung walapun idealismenya bagus tapi dari segi politik tidak bagus.
Pas tunjuk proaktif pada Umno kerana hendak buat hudud Umno pun
tersepit dengan politik semasa dan perkara ini tidak akan selesai,"
katanya.
Dipetik daripada sumber : UtaraNews.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment