Thursday, June 25, 2015

Kumpulan G18 Pas Umpama Anak Yang Sanggup Pukul Ayah Sendiri

25 Jun 2015, Kuala Lumpur : Bekas Aktivis Pas, Ustaz Reeza Kamarudin melihat tindak-tanduk kumpulan pemimpin Pas yang tewas pada pemilihan yang lalu dengan membentuk G-18 bukan sahaja memperlihatkan sikap orang kecewa malah cuba menunjukkan bahawa hanya mereka sahaja yang bijak dan betul.
http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/06/24/15/27/kokbukapuasa.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Justeru beliau mencabar kepimpinan baru Pas hari ini agar mengambil tindakan displin terhadap kumpulan tersebut yang boleh dianggap merugikan parti seperti mana tindakan yang telah diambil terhadap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

“Saya walaupun bukan lagi berada di dalam Pas tetapi melihat secara dekat bagaimana tindak tanduk kumpulan ini yang pada saya satu tindakan yang menjatuhkan maruah kepimpinan Pas yang ada.

“Seolah-olah tanpa mereka peranan Pas hari ini sudah tersasar dan lari daripada landasan. Dan konon-kononnya sebab itulah mereka cuba membawa wadah baru. Apa ertinya wadah baru di dalam parti yang secara tidak langsung menafikan keputusan muktamar?

“Sebab itu saya tekankan jika pucuk pemimpin Pas berani maka Pas sepatutnya mengambil tindakan yang tegas. Apa beza kenyataan dan langkah golongan berkenaan dengan apa yang telah dilakukan oleh Hasan Ali sebelum ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah apa yang dilakukan oleh kumpulan yang menggelarkan G18 itu umpama anak yang sanggup memukul ayahnya tanpa segan silu gara-gara kecewa dengan pemilihan yang lalu.

Malah beliau turut melihat kenyataan demi kenyataan yang mengelirukan serta berbelit antara satu dengan yang lain menunjukkan mereka menyembunyikan sesuatu.

“Saya nampak begitu…mereka ini tengah tunggu untuk melakukan satu tindakan dan gerakan yang tersendiri. Mana mungkin dalam satu jemaah ada dua wadah…bukankah mereka masih lagi ahli parti…

“Golongan inilah sebenarnya yang merosakkan ahli sendiri dan saya tidak menolak kemungkinan mereka akan cuba menghasut ahli-ahli yang lain untuk bersama dengan mereka sekiranya benar mereka akan mengorak langkah dengan wajah baru selepas ini,” ujarnya.

Dilaporkan G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.

Bekas Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya.

Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment