Thursday, June 25, 2015

Azmin Mengaku Kena Warning Dengan Sultan Selangor..


Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah hari ini memberi teguran kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali diatas kemelut yang melanda DAP dan Pas sehingga menjejaskan pemerintahan kerajaan negeri Selangor

Perkara itu dijelaskan oleh Azmin dalam satu kenyataannya yang mengatakan Sultan Selangor mahu beliau menyelesaikan kemelut yang melanda kerana baginda melihat akibat dari kemelut yang melanda telah menjejaskan kestabilan kerajaan negeri Selangor.

Azmin berkata, beliau telah berjumpa dengan Sultan Selangor untuk menjelaskan kemelut yang melanda ini dan Baginda menasihatinya untuk menyelesaikan perkara ini secepatnya dan jangan membiarkan ianya berlarutan sehingga merosakkan imej negeri Selangor.

Tambah Azmin, Baginda turut menasihati beliau untuk terus memberi fokus kepada kerajaan negeri dengan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

"Pada kesempatan ini, saya juga telah memaklumkan kepada DYMM Tuanku Sultan tentang masalah dalaman Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

"Saya memberi kestabilan dan keutuhan Kerajaan Negeri Selangor untuk terus fokus kepada usaha memenuhi aspirasi rakyat melalui penjanaan pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial.

"DYMM Tuanku Sultan mengambil maklum tentang penjelasan yang saya berikan dan Baginda mahu kerajaan negeri Selangor terus stabil untuk membangunkan Selangor dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat," jelas Azmin.

Sehubungan itu, Azmin diminta memastikan kestabilan ini wujud atau beliau bakal berhadapan dengan kemungkinan kehilangan jawatan dan Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) juga akan dibubarkan selepas Aidilfitri jika kemulut ini masih berlarutan.

Dipetik daripada sumber : utaranews

No comments:

Post a Comment