Thursday, June 11, 2015
Lawatan ke Sabah – Najib
Saya tiba di Malaysia dari Arab Saudi jam 11
malam semalam dan pagi ini terus ke Sabah bagi melihat sendiri keadaan
mangsa gempa bumi di sini. Susah senang, saya akan sentiasa bersama
Sabah.
Ingin saya tegaskan bahawa tuduhan-tuduhan yang menyatakan bahawa
bantuan sampai lambat adalah tidak benar sama sekali. Agensi kerajaan
yang terlibat telah berusaha sehabis baik, terutamanya berdepan dengan
pelbagai cabaran seperti keadaan cuaca yang tidak memihak kepada kita.
Mendengar taklimat kejadian gempa bumi, saya berpendapat bahawa semua
pihak telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dan menitikberatkan
keselamatan serta kebajikan mangsa.
Terima kasih kepada semua yang telah berusaha untuk mencari dan
menyelamat, terutamanya para malim gunung yang menunjukkan keberanian
meskipun sedar akan risiko tinggi yang mereka hadapi.
Saya akan
berbincang dengan kerajaan negeri Sabah bagi mewujudkan sebuah anugerah
istimewa kepada malim gunung yang terkorban serta yang telah membantu
dalam kerja-kerja menyelamat.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Sabah akan bekerjasama dalam
proses pemulihan, selain membina alat pengesan gempa bumi moden.
Kerajaan juga akan memperluas kawasan pendaratan helikopter bagi
memudahkan pendaratan helikopter tentera dan ini mungkin mengambil masa 3
minggu untuk disiapkan.
Dana sejumlah RM10 juta turut akan disediakan oleh Kerajaan
Persekutuan bagi kerja-kerja pembaikpulihan kerosakan akibat gempa bumi
yang berlaku. Selain itu, langkah-langkah akan dikenal pasti untuk
mengembalikan Taman Kinabalu sebagai antara destinasi terkenal di dunia.
Kepada keluarga mangsa yang terkorban, saya mendoakan akan kekal
tabah dan menerima suratan takdir ketentuan Yang Maha Esa. Saya harap
dugaan ini tidak akan melemahkan semangat kita, sebaliknya mengukuhkan
lagi kebersatuan kita bersama, Insya-Allah.”
NAJIBRAZAK.COM
http://najibrazak.com/bm/blog/lawatan-ke-sabah/
FACEBOOK NAJIB RAZAK
TWITTER @NAJIBRAZAK
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment