Sunday, June 28, 2015
Mahfuz Desak Azmin Nyata Pendirian Status PR Selangor...Aikkk Dia Pulak Yang Lebihnya
26 Jun 2015, Alor Setar : Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digesa
menyatakan pendirian berhubung status kerajaan PR Selangor setelah Pas
memutuskan terus menyokongnya mengekalkan kerajaan negeri sedia ada.
Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, penjelasan itu
perlu kerana Adun Kinrara, Teresa Kok sudah memberi bayangan melalui
laman sosial 'Facebook' mengenai harapan kepada kelahiran Pakatan 2.0
setelah Muktamar Pas menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP bagi
mematikan PR.
Menurutnya, dalam masa yang sama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang perlu mengarahkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul
Samad untuk meminta seluruh Adun Pas terus menyokong Azmin.
"Jika DAP sendiri sudah kata akan ada satu pakatan baharu, Azmin harus
nyatakan pendiriannya sekarang supaya sokongan yang diberikan Pas tidak
sia-sia atau jadi bahan mainan olok-olok oleh mana-mana pihak," katanya
kepada media di pejabat Pas Pokok Sena, di sini, hari ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena yakin selepas ini sukar bagi
Pas dan DAP untuk saling bekerjasama dalam apa jua bentuk pakatan atau
hubungan.
"Kedua-dua parti saling bertindak untuk memutuskan hubungan dan krisis
yang berlaku dalam PR ini juga menimbulkan persepsi tidak baik kepada
rakan parti PR.
"Akan wujud majoriti masyarakat yang sering menimbulkan persepsi negatif sama ada kepada DAP dan Pas," katanya.
Menurutnya, sokongan golongan pengundi teras kepada parti masing-masing
itu amat diutamakan berbanding hubungan antara rakan parti.
"Jika pengundi teras sudah hilang kepercayaan kepada parti sendiri akan menyebabkannya turut kehilangan sokongan.
"Sama ada Pas atau DAP masih meneruskan kerjasama, pengundi teras akan
mula mempersoalkan tindakan sedemikian dan mula mengaitkannya dengan
mengekalkan kedudukan kuasa pemimpin peringkat atasan," katanya.
Dipetik daripada sumber : PemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment