Sunday, June 28, 2015
Tiada Lagi Kemanisan di Ladang Strawberi...Tentu Ada Hikmahnya...Insyallah
Kundasang : Petani Kadazandusun, Jasumiah Jati adalah perintis dalam perladangan strawberi di kaki Gunung Kinabalu.
Dalam tempoh 10 tahun lalu, ibu kepada enam anak berusia 49 tahun ini
perlahan-lahan membina perniagaan strawberinya sehinggalah ia kemudian
bertukar menjadi perniagaan hasil perladangan tanah tinggi yang berjaya.
Selepas gempa bumi pada 5 Jun, kejayaan yang dibina secara berperingkat itu semakin musnah.
Rumah dan ladangnya hampir runtuh ekoran kejadian tanah runtuh yang mencetuskan kerosakan besar-besaran terhadap struktur tanah.
"Saya rasa semuanya telah musnah. Saya tidak tahu jika saya sendiri
boleh membinanya semula. Saya membuat pinjaman dan tanah saya kini telah
diisytiharkan berbahaya, " kata Jasumiah yang berlinangan air mata
selepas membuat laporan polis dan bercakap dengan pegawai bank mengenai
pembayaran balik pinjaman yang menekan dirinya.
Ketika ramai memulakan penanaman strawberi dan gagal, Jasumiah menukar
tanaman strawberinya dengan beberapa jenis tanaman dari Jepun dan Korea
yang telah membuahkan hasil besar sejak beberapa tahun lalu, menarik
ramai pengunjung.
Hujan lebat yang turun selepas gempa susulan 5.2 magnitud pada 12 Jun
menyebabkan bongkah batu besar runtuh ke aliran Mesilau bertukar menjadi
sungai tiga tingkat yang tinggi, serta meranapkan rumah dan menyebabkan
rumah Jasumiah dan tiga yang lain di kawasan itu diancam keruntuhan.
"Saya tahu bahawa kami perlu berpindah kerana rumah dan ladang hanya
menunggu masa untuk runtuh. Saya berharap Kerajaan akan memberi tanah
alternatif. Mungkin, dengan bantuan anak-anak saya, saya boleh cuba dan
membina semula perniagaan, "katanya.
Dipetik daripada sumber : PemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment