Friday, June 26, 2015
Malaysiakini Akui Parti Islam Baharu Bakal Sertai Gerakan DAP ?
G18, atau kumpulan 18 yang tewas pada pemilihan PAS bulan lepas memang
terkenal dengan “hubungan akrab serta kemesraan” mereka bersama DAP.
Malah, calon bertanding jawatan Presiden, Ahmad Awang sendiri pernah
berkata tidak kisah dilabel “proksi DAP”, seperti yang dilaporkan sebuah
portal pro Pakatan Rakyat sebelum ini.
Bagi golongan berkecuali dan celik politik, dominasi DAP ke atas
watak-watak yang juga disebut Anwarinas ini sangat jelas, dan tidak
boleh dinafikan dalam apa jua hujah. Sehinggalah kekalahan mereka
baru-baru ini, semuanya semakin jelas, nyata dan terang.
Dari PasMa, kemudian wujud pula G18 yang sedang mengatur siri jelajah
untuk kononnya menilai paras sokongan rakyat. Apakah benar demikian?
Firasat penulis, G18 sangat licik, apabila masih belum mufarakah dari
PAS.
Pertama, jika paras sokongan “rakyat” sekadar ala kadar, maka mereka
akan terus bersama PAS. Gaya “kondom politik” , kerana khuatir akan
sentuhan kecundang lantas menamatkan karier politik mereka.
Kedua, G18 masih lagi bergerak atas kapasiti ahli PAS, dan seperti yang
terbukti pada program Malam Jasamu Dikenang di Bakri, Muar, apabila
khalayak yang hadir adalah dari kalangan ahlul dan penyokong PAS. Adalah
lebih mudah menarik khalayak, berbanding berstatus “bukan ahli PAS”.
Berstatus ahli PAS, dan sasarannya ialah PAS.
Nampaknya cita-cita DAP untuk menguasai PAS bakal diteruskan oleh
entiti-entiti yang lahir dari dalam PAS sendiri. PASMA telah bersetuju
dengan penubuhan sebuah parti Islam baru, dan Mat Sabu telah diberi
penghormatan oleh PasMa untuk mengetuainya. Malaysiakini pula melaporkan
parti Islam yang bakal ditubuhkan itu akan menganggotai gerakan baru
yang diwujudkan oleh DAP.
Nama parti Islam, tetapi sertai gerakan oleh DAP. Bukankah ia bermakna
DAP akan mengepalai? Persis apa yang terjadi di dalam Pakatan Rakyat,
kan?
Setelah gagal total untuk “hijack” PAS dari dalam, usaha tersebut bakal
dilipatgandakan dari luar pula. Sasaran utamanya tetap PAS.
“Tak dapat kuasai PAS, pecahbelahkan mereka”. Dahsyat permainan chauvinist.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment