Thursday, June 11, 2015
Rakyat Malaysia Tidak Punyai ‘Rasul’ Untuk Persoalkan Ibadah Umrah Najib
Pemergian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak ke Mekah untuk urusan rasmi kerja di samping menunaikan ibadah
umrah diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
untuk dijadikan isu politik.
Ia memandangkan isu 1MDB sedang hangat diperkatakan, juga, selepas
tragedi gempa berlaku di Sabah, Najib tidak berada di Malaysia.
Sekiranya mahu diceritakan mengenai isu dan kes dialog #nothing2hide
yang dibatalkan di saat akhir di PWTC, agak letih untuk mengulang
perkara yang sama dan boleh dilihat sama ‘benak’ seperti pihak-pihak
tertentu yang tidak boleh menerima hakikat pembatalan untuk Najib
membincangkan isu 1MDB dalam majlis tersebut.
Mengenai isu Najib menunaikan umrah di Mekah, pihak-pihak tertentu
mengkritik beliau sebagai mahu berlagak alim pergi beribadah di sana.
Persoalannya, siapakah diri mereka mahu menilai ibadah yang dilakukan
oleh manusia lain yang beragama Islam? Ayat-ayat seperti ‘berlagak’,
‘nak menunjukan diri Alim’, ‘konon suci’ pastinya diutarakan selepas
berita Najib di Mekah dan langsung menunaikan umrah dikeluarkan.
Ini secara langsung menunjukkan diri mereka itu sebagai cemburu.
Harus diingat, Najib ke sana juga atas urusan kerja iaitu merasmikan
pembukaan restoran oleh FELDA di Jeddah. Makanya, beliau mengambil
kesempatan untuk menunaikan ibadah umrah.
Ada juga cerita timbul kononnya, Najib tidak prihatin dengan nasib
rakyat Sabah selepas tragedi gempa bumi berlaku di Gunung Kinabalu
hingga mengorbankan nyawa. Selepas beberapa hari barulah beliau tiba di
Sabah untuk meninjau keadaan di sana.
Harus juga diingatkan, kawasan gempa pastinya ditutup untuk semua
pihak termasuklah diri Najib dan dipantau sekiranya kemungkinan gempa
lain bakal menyusul. Bukankah ia akan mengancam keselamatan semua pihak
sekiranya sejam atau 24 jam selepas gempa berlaku, pasukan penyelamat
mahu pun Najib meninjau lokasi tragedi? Pemikiran yang logik harus
diguna pakai di sini.
Mengkritik dan mengutuk Najib menunaikan umrah selepas tragedi itu
berlaku sepertinya pihak-pihak atau individu tersebut berlagak seperti
‘Rasul’ atau ‘messenger’. Ketika menunaikan umrah, mungkin Najib tidak
putus-putus berdoa kepada Allah S.W.T agar dipermudahkan urusan
menyelamatkan mangsa gempa. Siapa tahu? Bersangka baik itu adalah lebih
mulia.
Penceramah Islam, Nouman Ali Khan pernah menyatakan dalam ceramahnya
mengenai gempa bumi yang berlaku di Nepal. Gempa yang berlaku hingga
mengorbankan beribu nyawa rakyatnya tidak boleh dituduh sebagai balasan
yang Tuhan mahu berikan atas dosa yang telah mereka lakukan.
Ini kerana, di zaman moden ini, kita tidak mempunyai Rasul yang masih
lagi hidup sebagai individu yang memberikan bimbingan kepada kehidupan
manusia. Hanya Al-Quran dan Sunnah dijadikan bimbingan dan peninggalan
Nabi Muhammad S.A.W buat umatnya untuk menjadi umat Islam yang taat
kepada Allah S.W.T.
Justeru, adalah tidak berhak untuk manusia lain mengkritik dan
membuat cerita tidak benar apatah lagi menuduh manusia lain sebagai
jahat hinggakan menerima balasan dari dosa yang dilakukan.
Begitu juga dalam ibadah seharian yang dilakukan oleh umat Islam.
Manusia lain tidak boleh dengan mudahnya mengkritik dan mempersoalkan
atau memandang rendah ibadah yang dilaksanakan. Nouman Ali Khan juga
berkata, setiap urusan ibadah sama ada keikhlasan, ketekunan, ketaatan
dan sebagainya adalah penilaian Tuhan di akhirat kelak.
Ia tidak dinilai
oleh manusia ketiak di dunia. Sekiranya mengkritik, maknya sudah jatuh
hukum riak disebabkan suka mencari kesalahan ibadah manusia lain.
Ia sama dalam isu Najib menunaikan ibadah umrah. Adalah tidak wajar
buat manusia lain bertindak seperti Rasul yang mudah mengkritik
seseorang itu berlagak alim atau suci menunjukkan ibadah mereka.
Apa yang Najib lakukan dan niat dalam hatinya, itu adalah urusan
antara Najib dan Tuhan. Sepatutnya kita melahirkan rasa syukur kerana
Najib telah melakukan perkara yang baik dan utusan doa kepada Tuhan
untuk rakyat Malaysia di saat pelbagai musibah melanda negara ini.
Semoga, pihak-pihak yang menuduh dan melemparkan kata-kata tidak enak
mengenai ibadah umrah Najib ini diberikan hidayah untuk muhasabah diri
sendiri terlebih dahulu.
Amin.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment