Wednesday, June 24, 2015
Sapu Bersihlah .....Husam "GUGUR" Juga Di Kelantan!!!
Kesian! Ibarat macam dah jatuh ditimpa tangga. Jatuh pulak bukan setakat
atas tanah, tapi dalam longkang. Itulah nasib malang yang terpaksa
ditanggung oleh Si Husam ni di Kelantan.
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa digugurkan daripada barisan
kepimpinan PAS Kelantan apabila kabinetnya dibentuk semalam.
Dalam kabinet baharu itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kekal
sebagai pesuruhjaya manakala Datuk Dr Fadzli Mohamad dilantik Timbalan
Pesuruhjaya, mengambil alih tempat bekas exco Kelantan itu.
Turut dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri adalah Mohd Amar
Nik Abdullah sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS II dan Dr Johari Mat
sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS III.
Sementara itu, PAS Kelantan juga mendapat Setiausaha Perhubungan yang
baharu, apabila Che Abdullah Mat Nawi dilantik menggantikan Zulkiflli
Mamat yang kini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya.
Ketika Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan, Si Husam tu merupakan
orang kanan dalam parti dan kerajaan. Husam dan rakan-rakan progresifnya
dalam PAS tewas dalam pemilihan pada awal Jun lalu.
Bagi sesetengah pihak, Si Husam tu merupakan mangsa terbaru Rejim PAS
yang baru dipilih selepas Muktamar yang lepas. Sudah la diperingkat
Pusat pun kena cantas, diperingkat Negeri pun sama jugak.
Tapi semua ni boleh dianggap sebagai satu khifarah buat Si Husam tu.
Dulu, masa dia ada kedudukan, dia pun lupa siapa yang ada dibawah.
Sekarang, giliran dia pulak duduk dibawah. Harap - harap lepas ni jangan
la dia asyik lupa diri pulak!!!
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment