Friday, June 26, 2015
Selepas Disingkir Muktamar, PAS Kelantan Pula Tolak Husam
25 Jun 2015, Bangi : Datuk Husam Musa, yang disingkirkan kumpulan ulamak
dalam pemilihan Naib Presiden PAS awal bulan lalu turut, digugurkan
daripada Kabinet baharu Badan Perhubungan PAS Kelantan.
Husam, selaku Timbalan Pesuruhjaya III, sesi lalu, diganti Datuk Dr Fadzli Mohamad.
Perkara itu diumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Menteri Besar,
Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada mesyuarat badan itu di Kota Bharu, semalam.
Bagaimanapun, dua lagi timbalan pesuruhjaya I dan II masing-masing kekal
kepada Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Dr Johari Mat.
PAS Kelantan juga turut menerima setiausaha baharu, Ahli Exco Kerajaan
Negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang dilantik menggantikan Adun Pulai
Chondong, Zulkifli Mamat.
Pengumuman itu sekaligus memberi tamparan hebat buat Husam yang sebelum
ini dilihat sebagai orang kanan kepada bekas Menteri Besar Allahyarham
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Husam, antara pemimpin progresif dalam PAS yang tersingkir pada
pemilihan lalu bersama 17 lagi yang lain termasuk bekas Timbalan
Presiden, Mohamad Sabu.
Beliau sebelum ini antara yang mengkritik presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang dalam mengendalikan beberapa isu politik dalam pakatan
rakyat.
Pemimpin PAS mesra DAP itu juga sebelum ini terkenal dengan jolokan ‘MB
swasta’ ekoran penonjolannya membantu mangsa banjir Disember tahun lalu,
melalui Yayasan Darul Hijrah.
Sikap Husam yang dilihat seperti mengenepikan peranan kerajaan negeri,
malah lebih meraikan DAP dalam isu banjir itu, tidak disenangi oleh
pimpinan PAS negeri itu.
Manakala seorang lagi anggota Exco, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan pula dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya III.
Perkara itu diumum Pesuruhjaya Negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada
mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan di JKR 10 petang semalam.
Turut kekal pada sesi 2015-2017 iaitu Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Mohd
Amar Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Johari Mat, Ketua
Penerangan, Datuk Nassuruddin Daud dan Bendahari, Datuk Hanifa Ahmad.
Zulkifli pula dilantik sebagai Pilihan Raya PAS Kelantan menggantikan Datuk Takiyuddin Hassan yang kini Setiausaha Agung PAS.
Manakala Penolong Setiasaha I, Dr Wan Nik Wan Yussof, Penolong
Setiausaha II, Ustaz Mohd Asri Mohd Zain dan Penolong Setiausaha III,
Wan Ruslan Wan Hamat.
Setiausaha Kerja PAS Negeri, Mohd Yassin Yusof berkata, enam anggota
Perhubungan PAS Kelantan baru yang dilantik iaitu Datuk Abdullah Ya’kub,
Mumtaz Mohd Nawi, Nik Bahrum Nik Abdullah, Datuk Anuar Tan Abdullah,
Ustaz Mohd Asri Mat Daud dan Dr Ramli Mamat.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment