Friday, June 26, 2015
Apa Hal PAS Yang Terhegeh-Hegeh Ni....PAS Selangor Sedia Duduk Bincang Dengan DAP
26 Jun 2015, Shah Alam : PAS Selangor bersedia untuk duduk berbincang dengan pemimpin
DAP bagi menyelesaikan isu-isu yang masih tertangguh jika pihak ketiga
sanggup mengatur mesyuarat berkenaan.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata pihak
ketiga itu boleh jadi sesiapa sahaja yang ingin membantu atau pemimpin
tertinggi kedua-dua pihak.
"Seseorang perlu memulakan mesyuarat dan jika ini dilakukan, kami sedia
untuk bertemu bagi berbincang dengan DAP Selangor," kata Iskandar ketika
ditemui di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, Khamis.
Beliau berkata, adalah penting untuk semua rakan Pakatan Rakyat
bekerjasama di Selangor untuk memastikan kelancaran pentadbiran di
negeri itu.
PAS dan DAP masing-masing tersepit dalam pertelagahan yang tidak
berkesudahan disebabkan tindakan parti Islam itu tetap ingin
melaksanakan hukum hudud tanpa mengira pandangan sekutunya.
Lebih teruk lagi, Majlis Ulama PAS turut memutuskan hubungan dengan DAP pada persidangan Muktamar PAS awal bulan ini.
Menurut Iskandar, wakil DAP dan PAS di negeri itu perlu bekerjasama
kerana mereka mempunyai banyak tanggungjawab untuk dilaksanakan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu mengarahkan semua
ahli exco Selangor dan wakil rakyat untuk 'mempertahankan' Menteri
Besar, Mohamed Azmin Ali dan pentadbirannya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment