Friday, June 26, 2015
Pemuda UMNO Pulau Pinang Buat Laporan Polis Terhadap Ketua DAPSY
25 Jun 2015, Georgetown : Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini
membuat laporan polis berhubung beberapa tuduhan oleh Ketua Pemuda
Sosialis DAP (DAPSY), Ng Wei Aik yang telah mengaitkan UMNO negeri ini
terhadap beberapa kejadian vandalisme di sekitar bangunan-bangunan DAP
di negeri itu.
Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata laporan itu dibuat bagi menggesa
pihak polis menyiasat tuduhan itu dan sama ada DAP yang membuat
kerja-kerja vandalisme tersebut dan kemudian menuduh UMNO.
“Ini satu tuduhan yang cukup berat,” katanya kepada pemberita
selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Timur Laut, di sini
hari ini.
Selain itu, berhubung struktur logo tulisan UMNO yang cuba dirobohkan
oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Jumaat lepas,
Rafizal berkata parti itu sebenarnya telah bersetuju dengan MBPP pada
Jumaat pagi untuk memohon permit pada Isnin lepas.
“Mereka datang dan cuba meroboh struktur tulisan UMNO ini pada tengah
hari Jumaat, adalah tidak adil mengatakan UMNO tidak mengikut
peraturan,” katanya.
Beliau berharap pihak MBPP tidak merobohkan struktur logo itu
sehingga UMNO mendapat permit untuk logo berkenan di bangunan Menara
UMNO di Jalan Macalister dekat sini.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment