Friday, June 26, 2015
Usaha Bina Persepsi Dap Parti Mesra Melayu Akan Gagal – Dr Shamsul
26 Jun 2015, Kuala Lumpur : Tindakan Dap hari ini yang giat mempromosikan
keanggotaan parti kepada orang Melayu dilihat sebagai satu usaha untuk
menanamkan persepsi di kalangan rakyat negara ini agar memandang parti
tersebut, bukan hanya untuk kaum tertentu saja tetapi ia adalah parti
untuk pelbagai kaum, demikian jelas penganalisa politik, Prof Madya Dr
Shamsul Adabi Mamat.
Bagaimanapun menurut beliau, usaha kepimpinan Dap ini akan gagal
memandangkan sejarah parti itu sendiri yang memperlihatkan bahawa
perjuangan parti tersebut selama ini tidak pernah mesra Melayu.
“Berdasarkan sejarah, kedudukan etnik lain, khususnya orang Melayu di
dalam Dap tidak pernah dalam bentuk yang signifiken. Setakat ini, tidak
pernah ada orang Melayu yang dapat memegang jawatan yang tinggi dalam
hiraki kepimpinan Dap, kecuali Tunku Aziz, tetapi beliau pun sudah
keluar dari Dap.
“Ini jelas memperlihatkan bahawa parti ini, perjuangannya dan
ideologi politiknya memang tidak sesuai dengan sebahagian besar dari
orang-orang Melayu di negara ini.
“Bahkan berdasarkan sejarah itu juga ia memperlihatkan seolah-olah
kepimpinan Dap tidak memberikan kepercayaan kepada etnik lain selain
daripada kaum Cina untuk memegang jawatan tertinggi di dalam parti,”
jelasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Tambah beliau, dengan fakta sejarah di mana orang-orang Melayu yang
berjuang di dalam Dap tidak akan memegang jawatan tinggi, tidak kekal
lama dan akhirnya akan berundur dengan sendirinya, ia sepatutnya menjadi
satu iktibar kepada mana-mana orang Melayu yang mahu menganggotai parti
tersebut.
“Kita dapat lihat bahawa kini memang ada gerakan dari Dap yang
berusaha untuk mempromosikan parti mereka itu sebagai parti berbilang
kaum dengan kemasukan A. Samad Said dan juga bekas ahli Pas baru-baru
ini.
“Bagaimanapun, sejarah parti ini sepatutnya menjadi kayu ukur kepada
mana-mana pemimpin Melayu yang ingin berjuang bersama parti tersebut
supaya kita tidak membuang masa dan tenaga di mana etnik lain tidak akan
mendapat tempat di dalam parti yang sebenarnya di dominasikan oleh satu
kaum sahaja.
“Pakatan Pembangkang itu sendiri adalah satu eksperimental gerakan
politik multi racial dalam skala besar, namun akhirnya ia juga gagal.
“Ini kerana parti Melayu iaitu Pas, tidak boleh masuk dengan
perjuangan Malaysia-Malaysian yang dibawa oleh parti Dap manakala Dap
pula tidak bersetuju dengan dasar perjuangan Islam yang menjadi dasar
parti tersebut,”ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment