26 Jun 2015, Kuala Lumpur : Kemelut yang berlaku dalam 1MDB jelas dicetuskan oleh pihak yang
berkepentingan peribadi. Namun perkembangan terkini berkenaan
penangkapan Xavier yang merupakan bekas eksekutif PetroSaudi sedikit
sebanyak menjernihkan konflik dalam 1MDB.
Rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan
kenyataan Mahathir yang jelas cuba memutarkan fakta lagi dengan memberi
sokongan kepada Tony Pua yang terkenal dengan fitnah terhadap kerajaan
dan orang Melayu. Kini Mahathir dilihat sebagai ikon kepada Tony Pua dan
Rafizi pula.
Apakah Tun Mahathir sudah sesat atau
pengikut-pengikut beliau yang telah sesat? Belum pernah dalam sejarah
politik tanahair apabila seorang yang dianggap sebagai ikon parti UMNO
giat pertahankan seorang ahli politik Cina dari parti DAP iaitu Tony Pua
yang selalu memperlekehkan Melayu dan Islam. Apakah ahli2 UMNO yang
waras masih mahu anggap Tun M sebagai ikon UMNO atau pembelot UMNO?
Memetik kenyataan The Malaysian Insider, Muhammad Shafee
Abdullah telah berkata,” Tony Pua sebagai ahli PAC telah mengeluarkan
banyak kenyataan”.
“Oleh itu, saya mencadangkan Tony Pua menarik diri daripada PAC demi
mengembalikan keyakinan rakyat agar siasatan dapat dilakukan dengan adil
dan telus”
“ Ahli PAC termasuk Tony Pua sepatutnya seperti hakim dalam kes ini,
dan tidak sepatutnya membuat tuduhan dan kenyataan. Oleh itu lebih baik
mereka menjadi saksi sekiranya mereka mahu membuat kenyataan seperti
tersebut”
Aneh apabila Mahathir telah
mempertahankan bahawa Tony Pua sebagai ahli PAC berhak untuk mengkritik
1MDB. Beliau juga turut mengecam mereka yang mengkritik Tony Pua berat
sebelah kononnya perlu sedar bahawa jika berdasarkan kepada parti, panel
PAC mempunyai lebih ramai Ahli Parlimen UMNO pula.
Menurut Mahathir, bukan hanya Tony Pua
yang berat sebelah, malahan keseluruhan ahli PAC adalah berat sebelah
dan tidak mampu memberikan jawapan.
Ini merupakan kenyataan yang cukup tidak
beretika dari Mahathir. Beliau sewenang-wenangnya cuba memutar-belitkan
fakta. Hakikatnya , ahli PAC yang lain tidak mengeluarkan kenyataan
mengkritik dan memfitnah 1MDB secara membabi-buta seperti Tony Pua dan
Rafizi.
Mereka masih tahu menjaga adab dan etika sebagai ahli PAC yang sedang menjalankan siasatan terhadap 1MDB.
Sikap Mahathir yang berterusan kurang
ajar dan sinis makin membuatkan rakyat meluat. Dengan angkuhnya Mahathir
mencadangkan agar tutup sahaja PAC sekiranya keseluruhan ahli PAC tidak
ditukar.
Sejak kebelakangan ini Mahathir dilihat
terlampau kerap mengajukan soalan-soalan “bodoh” yang telah dijawab
berulangkali oleh mereka yang terlibat. Sebenarnya kita amat maklum
bahawa Mahathir tidak pernah berminat terhadap sebarang penjelasan
samada daripada pihak kerajaan, juruaudit ataupun PAC sekalipun.
Mahathir hanya sekadar mahu menjatuhkan
Datuk Seri Najib dan mengangkat anak beliau Mukhriz yang langsung tidak
berwibawa sebagai Perdana Menteri.
Berbalik kita kepada Tony Pua dan Rafizi
yang kerap mengkritik 1MDB, sekiranya seorang hakim telah membuat
kenyataan di luar mahkamah berkenaan kes sivil maka “presiding” kes
tersebut tamat dan pihak yang mendakwa dan didakwa boleh memohon untuk
mendapatkan hakim yang lain. Begitu juga dalam kes-kes jenayah.
Ianya berdasarkan kepada konsep “Not only
must justice be done; it must also be seen to be done,” Lord Chief
Justice Hewart said in 1923.
Seorang hakim perlu adil. Hakim yang
mengeluarkan kenyataan samada memihak atau menentang kes sebelum
perbicaraan tamat dan sebelum segala bukti diperolehi akan dianggap
berat sebelah dan tidak lagi layak untuk meneruskan kes tersebut.
Konsep dan standard yang sama digunakan dalam mana-mana “inquiry” seperti PAC yang sedang menyiasat isu 1MDB.
Tony Pua dengan jelas membuat banyak kenyataan yang cenderung kepada
adanya salahlaku dalam 1MDB secara terbuka maupun tertutup. Tambahan
pula Tony Pua tidak bertindak secara profesional dan gagal mengasingkan
tanggungjawab beliau sebagai ahli PAC dan ahli DAP apabila beliau hanya
fokus kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional semata-mata.
Tony Pua juga gagal membuktikan beliau
berkecuali dan adil dalam isu 1MDB setelah mengumumkan bahawa 1MDB
bersalah atas semua tuduhan. Beliau dilihat hanya berminat untuk
membuktikan bahawa segala tuduhan beliau adalah betul. Pua seolah-olah
langsung tidak mempedulikan dalam soal mencari kebenaran dan bukti.
Oleh itu Tony Pua digesa agar menarik
diri daripada PAC. Beliau telah mencemarkan mahkamah dan boleh
dipenjarakan. Begitu juga dengan Rafizi yang telah beberapa kali membuat
tuduhan terhadap 1MDB.
Dengan adanya Tony Pua dan Rafizi dalam
PAC, ianya telah menjejaskan dan mencemarkan apa sahaja keputusan yang
bakal dibuat oleh mereka. Dengan kata lain 1MDB tidak diberi peluang
yang adil untuk mempertahankan diri memandangkan keputusan telah dibuat
sebelum perbicaraan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
No comments:
Post a Comment