The
Age dari Australia mendedahkan Mara Inc, iaitu anak syarikat Mara
menawarkan harga lebih tinggi bagi memiliki bangunan Dudley
International House, iaitu daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta
(RM65.2), di mana lebihannya dibayar sebagai rasuah di Malaysia.
Penulis harap The Age boleh mengeluarkan
bukti-bukti yang sahih, dan bukannya sekadar pertuduhan tanpa bukti.
Kita ada tanggungjawab kepada masyarakat kita, dan pembudayaan menuduh
seseorang tanpa disertakan dengan bukti bakal menghancurkan masyarakat.
Ketahuilah, menuduh orang tanpa bukti, tetapi meminta yang dituduh untuk
membuktikan dia tidak bersalah adalah satu perbuatan yang maha zalim.
Sementara itu, Perdana Menteri Najib
Razak sudah mengarahkan penyiasatan dijalankan ke atas pendedahan oleh
media asing tersebut. Jika tanya penulis, tentunya penulis tidak akan
percaya kepada dakwaan tersebut. Ini bukti betapa terapan “media asing
tidak boleh dipercayai” yang sering diucapkan oleh Tun Mahathir memberi
kesan yang besar terhadap diri penulis. Oleh itu, penulis tidak akan
fokus kepada kes ini sementara dalam siasatan. Ia akan diperbincangkan
pada artikel yang lain.
Sudah menjadi budaya rakyat Malaysia
sering membayar lebih setiap kali membeli barang, kata Tun Dr Mahathir
Mohamad mengulas tentang Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) yang
membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli pangsapuri di
Melbourne, Australia.
Sinisnya Tun Mahathir dalam majlis
berbuka puasa anjuran PERKASA itu, namun memang itulah budaya masyarakat
kita yang gemar berkata “keep the change”.
Berbicara tentang budaya membayar lebih,
penulis teringat kata-kata dari Datuk Seri Salleh Said Keruak, dalam
satu kenyataannya di sebuah portal;
MAS shares were bought back by the government from
Tajudin Ramli, its owner in a privatisation deal where the government
was forced to buy back the shares at “way above market price” incurring a huge loss to taxpayers, he said, pointing out that if not so Tajuddin would have gone bankrupt
Mengikut kefahaman penulis yang kurang
fasih dan kurang faham akan bahasa Inggeris, “way above market price”
adalah jauh melebihi harga pasaran. Bukah kah begitu?
Melalui pembacaan bahan-bahan di portal
dan blog, penulis dapati, pada 2001, Tun Mahathir telah membuat
keputusan untuk mengambil alih MAS yang sedang menanggung hutang dan
mengalami kerugian yang berbillion ringgit nilainya. Akhirnya, saham MAS
telah dibeli semula oleh kerajaan pada harga RM8.00 seunit walhal harga
pasaran ketika itu ialah RM3.68.
“way above market price”, mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh Salleh Said Keruak?
Rupanya Tun Mahathir, negarawan yang kita
kagumi dan menjadi contoh telah membudayakan “bayar lebih” di dalam
sistem pentadbirannya. Betullah kata Tun Mahathir, memang budaya orang
kita suka membayar lebih.
Siapa pula yang untung dengan keputusan “way above market price”?
Disediakan oleh : Ameen Latiff
No comments:
Post a Comment