Friday, June 26, 2015

Tuan Ibrahim, “Rumah” Tuan Sedang “Terbakar”…

Tuan Ibrahim Tuan Man 
EDITOR MENULIS...
26 JUN 2015
Saya tersenyum simpul semalam membaca kenyataan Timbalan Presiden PAS yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa PAS mampu menggantikan UMNO dan menjadi sekuat parti yang menerajui negara sejak di zaman merdeka lagi.

Nak dikatakan “syok sendiri”, nanti ada pula yang tersinggung. Namun itulah hakikatnya bila gagal “mengukur baju di tubuh sendiri”, sibuk mahu menggantikan UMNO sedang beliau tidak sedar DAP sedang menunggu masa hendak menggantikan PAS!

Beliau sendiri mengaku bahawa pemilihan PAS baru-baru ini meninggalkan kesan yang sangat buruk bagi partinya. Dan sebagaimana kita maklum, PAS sebenarnya dilanda malapetakan hatta sebelum pemilihan parti itu bermula, bukan?

Agaknya siapa yang menghentam PAS siang dan malam sebelum pemilihan PAS? Siapa agaknya membenam Presiden PAS sebagai pengkhianat bersiri, tidak bermaruah dan merupakan individu yang menjadi punca kekalutan krisis Pakatan Haram? Siapa?
lim-guan-eng
Tuan Ibrahim perlu tanya pada hati kecilnya tentang siapakah “wakil DAP” di dalam PAS. Siapakah yang DAP pilih dan harap akan mengetuai PAS? Dan siapakah yang kini menjadi “gunting di dalam lipatan” yang masih menjadi “virus” di dalam partinya. Siapa?

Kita semua maklum betapa gawatnya konflik dalaman PAS. Ya, saya setuju kepimpinan PAS di kembalikan pada golongan ulama. Itu satu tindakan yang positif bagi parti itu untuk kembali pada perjuangan asalnya. Itu saya akui.

Namun, untuk bersikap “besar kepala” dan bercakap besar seperti mahu menggantikan UMNO seolah tidak realistik dan “dibuat-buat”, sedangkan masalah rumahtangganya sendiri bertaburan diperkatakan orang di kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah, kan?

Dalam ertikata lain, parti sendiri berada di dalam keadaan yang sangat lemah, tapi ada hati untuk menggantikan sebuah parti tunjang yang menguasai kerajaan? Tolonglah bercakap secara waras dan realistik. Jangan malukan golongan ulama PAS…

Saya ingin berpesan pada Tuan Ibrahim selaku Timbalan Presiden PAS yang baru, beliau perlu betulkan “tiang rumahnya” terlebih dahulu sebelum cuma mengambil alih “rumah” orang lain. “Rumah” sendiri sedang “terbakar”, tapi beliau sibuk bergebang besar tentang “rumah” orang.

Usah dirisau tentang “rumah” kami. “Rumah” kami pernah dilanda “ribut” yang lebih kuat dari apa yang sedang melanda sekarang. Namun “rumah” kami tetap utuh, berdiri tegak di bawah amanah kuasa yang diberikan Allah SWT.

Meskipun cuba ditohmah dengan politik kotor yang menimbulkan persepsi kebencian terhadap “rumah” kami, Allah SWT masih lagi redha dan mentakdirkan “ketua keluarga” kami terus teguh mentadbir sebagai khalifah di bumi Malaysia.

Jadi, saya harap Tuan Ibrahim faham dengan pesanan saya. Tolonglah Abdul Hadi yang “diserang” siang dan malam itu. Sebagai saudara seagama, kami hanya dapat doakan dari jauh saja. Wallahu’alam.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment