EDITOR MENULIS...
25 JUN 2015
Saya tertarik dengan kerajinan
pemimpin-pemimpin DAP ke hulu ke hilir menyokong para buangan PAS nak
menubuhkan kumpulan baru untuk mengisi kekosongan dalam Pakatan baru
pembangkang yang nak ditubuhkan.
Masa pemilihan PAS hari itu, beberapa
pemimpin DAP secara terang terangan mempromosikan pemimpin-pemimpin PAS
yang menentang Hadi Awang, terutama yang berlatar belakangkan PasMA.
Terbaru, kemunculan kumpulan 18 (G18),
itupun bayang DAP ada disana juga – walaupun ia tidak melibatkan DAP
pun. Persoalannya kenapa?
Sekali pandang tujuan tu nampak macam
DAP sokong siapa saja yang lawan Hadi Awang, betullah tu, tapi yang
orang tak nampak hanya dengan sekali pandang ialah, DAP sebenarnya
sedang memecah perintahkan orang-orang Melayu yang menyokong pembangkang
terutama penyokong PAS.
Dari segi untung politik, tidak ada
untungnya mereka, malah ia merugikan pembangkang lagi kerana kewujudan
kumpulan-kumpulan serpihan ini bermakna undi Melayu yang selalu berpihak
kepada mereka pun berpecah kepada banyak juga.
Ini ada logiknya berdasarkan senario dalam PRU13 yang lepas serta beberapa pilihanraya kecil selepas itu.
Tapi dari segi memastikan tidak akan
wujud lagi satu parti pembangkang Islam yang kuat (seperti PAS), DAP
hampir berjaya disitu. Biarlah kerusi siapa nak merosot pun selepas
ini, yang penting kerusi dia kekal atau bertambah, tak rampas Putrajaya
pun tak apa.
Sekalipun keadaan ini telah memudahkan
kerja UMNO, tapi kita tidak boleh bersenang lenang dan ambil mudah.
Perlu kerja kuat untuk memastikan kelebihan terus berpihak kepada kita.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment