Monday, July 13, 2015
Amboiiii Muslimah PAS Selangor Ni.....Jalinkan Hubungan Tidak Rasmi, DAP Bukan Musuh Tegar, Kata Wanita PAS
Meskipun tahaluf siyasi antara PAS dan DAP kini terbatal, Wanita PAS
Selangor menggesa kerjasama yang tidak rasmi seperti sebelum 2008
dijalinkan, memandangkan parti sekular itu bukannya "musuh tegar" parti
Islam itu.
Ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan berkata kerjasama antara mereka masih
boleh dijalinkan dan ia sudah pasti akan melibatkan kebaikan bersama
demi kepentingan rakyat dan negara.
Katanya, ini berdasarkan kepada mereka "memahami perbezaan pandangan dan
sikap antara parti membolehkan mereka menjaga keharmonian politik dan
kestabilan negara daripada ancaman musuh dan kuasa asing".
Hasrina juga mengharapkan tahaluf siasi antara PAS dan PKR, satu lagi
rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), dapat diperkemas memandangkan PRU ke-14
sudah semakin hampir.
Katanya, beliau berharap, kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri
Besar Mohamed Azmin Ali dapat menggunakan formula terbaik agar susunan
sedia ada dapat dipertahankan demi mandat yang diberikan rakyat
Selangor.
Sikap Wan Hasrina ini dilihat pemerhati politik terkedepan berbanding
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad yang terdahulu hari ini
berkata, pihaknya akan menunggu keputusan PAS Pusat selepas Majlis Syura
Ulama membuat keputusan hubungan PAS dan DAP putus.
Sementara itu, di Perak, PAS kemungkinan akan bertanding semua 59 kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu selepas ia memutuskan secara
rasmi hubungan dengan DAP.
Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam satu postingnya di Facebook
menulis:"Mungkin PAS Perak akan bertanding 59 kerusi DUN dalam PRU14.
Meneruskan perjuangan Nabi."
Razman memuat naik status itu selepas Majlis Syura Ulama PAS
mengeluarkan keputusan hubungan tahaluf siasi PAS dan DAP diputuskan
secara rasmi.
Kenyataan Razman dikecam DAP Perak.
"PAS mahu lawan 59 kerusi DUN Perak? Terbukti niat untuk membantu BN
menang PRU14," kata Ahli Parlimen Batu Gajah yang juga Timbalan
Pengerusi DAP Perak V Sivakumar.
"Walaupun kenyataan ini tidak mempunyai asas tetapi rata-rata
membuktikan niat buruk pemimpin ini untuk menghancurkan kekuatan parti
pembangkang DAP dan PKR dalam PRU14," kata bekas speaker DUN Perak itu.
Katanya, kenyataan Razman untuk PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak juga melibatkan kerusi yang ditandingi PKR.
"Jadi, bagaimana pula PAS boleh mengekalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR?" soal Sivakumar.
Beliau berkata, PAS akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU14 jika
terlalu tamak dan berniat untuk menghancurkan pihak pembangkang di
Perak.
"Rakyat juga lebih arif membaca niat tersirat PAS untuk bertanding 59
kerusi DUN semata-mata untuk membantu Umno Barisan Nasional menubuhkan
kerajaan sekali lagi di Perak," katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment