Thursday, July 09, 2015
Asakan Demi Asakan Dari Barat, Apa Yang Mereka Takut Sangat Dengan Najib Razak?
Kita tertanya-tanya, mengapakah media-media pro-barat menyasarkan
Perdana Menteri Najib Razak sebagai “target” sekaligus membawa motif
yang jelas; gulingkan beliau at all cost.
Jika hendak difikir-fikirkan, melalui pembacaan penulis, Perdana Menteri
Najib Razak bukanlah selantang mantan perdana menteri, yang berjaya
melabelkan dirinya sebagai anti-semitik, dan tidak mesra dengan Barat.
Apa yang sebenarnya ditakuti oleh Barat?
Bermula dari Sarawak Report, yang mengembar-gemburkan isu 1MDB dengan
fakta yang tidak benar, sehingga membawa kepada penangkapan seorang
bekas eksekutif PetroSaudi yang dikhabarkan sebagai punca
segala-galanya. Perlu diingatkan, Malaysia tidak terbabit di dalam
penangkapan tersebut.
Sedang pembohongan itu hampir lenyap, Wall Street Journal pula tampil
dengan carta kononnya berlakunya pemindahan wang ke akaun peribadi
Perdana Menteri yang berjumlah RM700 juta. Tersedak penulis mendengar
jumlah itu, dan tergelak membaca apabila sejumlah wang yang begitu
banyak dengan selamba masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri. Ada juga
yang percaya bulat-bulat.
Samada suratan atau kebetulan, yang mana penulis fikir ia adalah satu
konspirasi, pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak dihujani dengan
serangan-serangan maha hebat dari barat.
Sebelum ini pula, kita dikejutkan dengan dana yang terima oleh satu
pertubuhan dari sebuah firma antarabangsa. Pertubuhan tersebut telah
menggunakan isu yang juga berkait dengan media antarabangsa untuk
memburuk-burukkan kerajaan dan Perdana Menteri. Setelah modus operandi
mereka gagal akibat pembongkaran pembohongan dan seterusnya akaun
tersebut telah dibekukan oleh kerajaan Malaysia.
Lenyap isu terbabit, kerajaan diserang pula dengan isu GST. Penulis
tidak menafikan kecacatan perlaksanaanya, cuma GST terbukti penting dan
efektif sehingga 160 buah negara telah melaksanakannya. Apa yang kita
perlu tahu, isu GST sememangnya mampu menggoyahkan kerajaan. Malah,
terbukti isu GST menjadi senjata utama politik di negara-negara seperti
Australia dan Ghana.
Untung menjadi pembangkang di Malaysia, kerana dibantu oleh isu-isu
berasaskan antarabangsa, yang hampir 100% bersifat spekulasi dan
pembohongan sehingga setakat hari ini. Justeru itu, tidak perlulah kita
terbawa-bawa dengan saranan terbaru mereka untuk adakan tunjuk perasaan
besar-besar sekiranya Perdana Menteri Najib Razak enggan meletakkan
jawatan.
Asas isu ialah pembohongan, dan memang sejak azali pembangkang sangat
sinonim dengan pembohongan. Apa yang hendak kita hairankan?
Isu Scorpene, GST, 1MDB oleh Sarawak Report dan kemudiaannya penampilan
Wall Street Journal sebagai pendesak untuk mengekalkan konsistensi
asakan terhadap Malaysia sangat mencurigakan. Bagi penulis, paksinya
ialah Barat. Apakah pembangkang di Malaysia sememangnya dibantu oleh
kuasa asing yang telah lama mengidamkan Malaysia?
Perdana Menteri Najib Razak secara terbuka percaya dengan prinsip
kesederhanaan, atau wassatiyyah. Maknanya, beliau tidak suka mencipta
musuh, dan tidak dapat dinafikan, pelbagai usaha samada makro atau mikro
dilaksanakan untuk mensejahterakan Malaysia.
Barat senantiasa dan tidak mudah putus asa untuk terus-terusan menyerang
Perdana Menteri. Apa yang diharapkan ialah barisan kepimpinan akan
hilang kepercayaan terhadapnya. Ini bukan rekayasa, kerana jarum-jarum
fitnah yang tanpa henti telah berjaya meyakinkan ramai pimpinan,
termasuklah mantan perdana menteri yang terkenal dengan imej
anti-semitik dan anti barat.
Apa sebenarnya yang Barat takut dengan susuk tubuh seorang Perdana Menteri bernama Najib Razak?
Rakyat Malaysia perlu tahu, dalam praktis undang-undang, “innocent until
proven guilty”, dan bukannya “guilty until proven innocent”.
Penulis tidak tahu samada Perdana Menteri Najib Razak boleh menggunakan
taktik yang sama diguna oleh mantan Perdana Menteri Tun M dalam
menangani asakan barat iaitu “jangan percaya laporan media asing yang
dikuasai oleh Yahudi yang jahat”.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment