Wednesday, July 08, 2015
Berita Baik Kepada Semua Rakyat Malaysia!!! Sebarkan lah
Perdana Menteri telah mengumumkan pemotongan cukai pada kadar cukai
pendapatan dalam Bajet 2015 yang dibentangkan di Parlimen pada Oktober
2014.
Berikut adalah ringkasan daripada pengurangan cukai yang diumumkan dalam Bajet 2015:
Pengurangan kadar cukai pendapatan dengan 1 – 3 mata peratusan. Sebagai contoh:
11% kepada 10% bagi kumpulan pendapatan RM 35001 hingga RM 50,000 yang akan menyebabkan penjimatan cukai sebanyak RM 150.
19% kepada 16% bagi kumpulan pendapatan RM 50,001 hingga RM 70,000 yang akan menyebabkan penjimatan cukai sebanyak RM 600.
24% kepada 21% bagi kumpulan pendapatan RM 70001 hingga RM 100,000 yang akan menyebabkan penjimatan cukai sebanyak RM 900.
Cukai pendapatan maksimum telah disusun semula dimana ia telah dinaikkan
daripada 100,000 kepada 400,000. Kadar cukai maksimum semasa juga telah
dikurangkan daripada 26% kepada 25%. Dengan pengurungan cukai
pendapatan yang baru bagi berpendapatan RM 100,001 kepada RM 250,000,
ini akan menyebabkan penjimatan cukai sebanyak RM 3,000.
Tahukah anda? Gaji anda telah dikenakan cukai di bawah kadar cukai
pendapatan peribadi yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN), jadi GST hanya dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan
seperti yang ditakrifkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
PERHATIAN!
Gaji kasar tertakluk kepada kadar 11% daripada caruman oleh pekerja
seperti yang ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kadar caruman yang ditetapkan oleh PERKESO adalah jumlah yang diperolehi bergantung kepada gaji kasar anda.
Cukai pendapatan dikira berdasarkan gaji kasar tolak pelepasan cukai
individu (RM 9,000 setahun) dan caruman KWSP bulanan yang dibuat oleh
pekerja (terhad kepada RM 6,000 setahun). Tiada pelepasan cukai lain
diambil kira untuk pengiraan cukai pendapatan.
JADUAL PENERANGAN:
Gaji Kasar (setiap bulan) adalah jumlah gaji yang dibayar secara bulanan
atau tahunan seperti yang dinyatakan dalam kontrak pekerjaan. Jumlah
ini mewakili jumlah gaji yang diterima oleh pekerja sebelum apa-apa
potongan dibuat bagi KWSP, PERKESO dan cukai pendapatan.
Potongan gaji mewakili jumlah caruman kepada KWSP, PERKESO dan cukai
pendapatan yang perlu dibayar bagi setiap pekerja berdasarkan gaji kasar
setiap bulan.
Jumlah Potongan (setiap bulan) adalah jumlah potongan yang dibuat atas gaji kasar pekerja setiap bulan.
Gaji bersih (setiap bulan) adalah jumlah gaji yang tinggal selepas jumlah potongan yang dibuat atas gaji kasar bulanan pekerja.
Gaji tahunan adalah jumlah gaji kasar yang diperolehi oleh pekerja pada
setiap tahun sebelum apa-apa potongan dibuat bagi KWSP, PERKESO dan
cukai pendapatan.
Gaji Tahunan (selepas potongan) adalah jumlah gaji yang tinggal selepas
jumlah potongan yang dibuat atas gaji kasar tahunan pekerja.
Sumber dipetik dari sumber : MalaysiaSalary
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment