Friday, July 10, 2015
Dakwa Pengkhianat Bocor Maklumat Negara Ke Pihak Asing... Jangan Bagi Muka Sangat Kepada Yang Buat Kesalahan Tu
Pihak berkuasa digesa supaya mencari dan mendakwa individu yang
membocorkan maklumat sulit berkaitan pemindahan dana 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Gesaan itu dibuat oleh Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Perak.
Menerusi kenyataan pada Khamis, Pengerusinya Datuk Mohd Khusairi Abdul
Talib berkata perkara itu perlu dilakukan segera oleh Bank Negara
Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia(PDRM)dan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
“Perbuatan membocorkan maklumat seumpama itu adalah amat serius,
tambahan pula ia disalurkan ke luar negara khususnya kepada The Wall
Street Journal (WSJ) dan portal berita Sarawak Report yang berpangkalan
di London.
“Niatnya tidak lain iaitu mahu menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara demokrasi,” katanya.
The Wall Street Journal dan Sarawak Report telah menerbitkan artikel
minggu lepas yang mendakwa hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dalam dana
1MDB telah disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Lantaran itu, Najib telah menafikan dakwaan tersebut sebagai sabotaj
politik dan rancangan untuk menjatuhkan perdana menteri yang dipiih
secara demokrasi. Beliau telah memulakan tindakan undang-undang terhadap
WSJ.
Pasukan Petugas Khas yang terdiri daripada pegawai Pejabat Peguam
Negara, BNM, PDRM dan SPRM sedang menyiasat dakwaan tersebut dan telah
mengarahkan pembekuan enam akaun bank.
Mohd Khusairi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim berkata, BNM,
PDRM dan SPRM perlu membekalkan maklumat secukupnya kepada Peguam Negara
supaya individu terbabit boleh didakwa secepat mungkin.
Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau
tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mana-mana orang yang didapati
telah membocorkan maklumat sulit berkaitan siasatan itu kerana
pendedahan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 133 Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment