Sunday, July 26, 2015
'Dulu Mereka Kata Saya Katak, Sekarang Mereka Pun Katak' - Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR : Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata beliau
mengalu-alukan lebih ramai 'katak' dalam negara ini atau lebih tepat
lagi ahli politik yang sering melompat parti.
Beliau merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu bersama
kumpulan progresifnya yang bakal menyertai parti politik baharu
ditubuhkan iaitu Gerakan Harapan Baru (GHB).
"Saya pun tak jangka orang seperti Mat Sabu sekarang dah bergaduh dengan
PAS. Dulu orang tuduh Ibrahim Ali lompat, Ibrahim Ali katak, jadi
sekarang ini saya alu-alukan lebih ramai 'katak' dalam negara ini,"
katanya pada sidang media di ibu pejabat Perkasa, pada Jumaat.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak memandang rendah kepada kumpulan
tersebut malah akan memberi mereka peluang kerana katanya dalam politik
"hari ini jatuh, esok boleh bangun".
"Sebab itu jangan kata kat orang ... tapi saya tak pandang rendah pada mereka, cuma ini soal permainan politik.
"Jadi saya tak hukum manusia. Dia gagal ke tidak, dalam politik pun sama, hari ni jatuh esok bangun.
"(Tun) Dr Mahathir dulu kena pecat dengan Tunku Abdul Rahman, akhirnya
23 tahun dia jadi perdana menteri. Sesiapa pun tak boleh hendak ramalkan
begitu," katanya lagi.
Beliau sebelum itu turut telah menyarankan Mohamad yang juga Pengerusi
GHB supaya menyertai DAP daripada menubuhkan parti baharu.
Katanya, adalah lebih baik jika Mohamad atau Mat Sabu bersama
kumpulannya menyertai DAP kerana mereka dilihat banyak mempertahankan
parti itu termasuk kerjasama dengan mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment