Monday, July 13, 2015

Jangan Cemarkan Hari Raya !!!! PKR Nafi Anjur Himpunan Desak PM Undur Pada Hari Raya Aidilfitri

13 Julai 2015, Shah Alam : PKR menafikan akan menganjurkan 'Himpunan desak Najib undur' pada Hari Raya Aidilfitri, Jumaat ini, di Dataran Merdeka.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata parti sedia maklum mengenai hebahan palsu bersabit penganjuran himpunan itu dan menafikannya menerusi laman sosial Facebooknya.

"Saya difahamkan satu grafik sedang diedar melalui laman media sosial dan aplikasi WhatsApp yang berkata kononnya PKR akan menganjur satu himpunan pada 1 Syawal mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk berundur", katanya di Facebook rasmi PKR.

"Ini adalah satu fitnah dan provokasi murahan. PKR tidak menganjur program ini. Harap maklum", katanya lagi.

Media sosial sejak semalam dimomokkan dengan pengedaran poster berkenaan khususnya menerusi aplikasi WhatApps.

Malah, peserta turut diminta untuk berpakaian baju melayu dan baju kurung. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment