Sunday, July 12, 2015
Jangan Main Main Dengan Orang Melayu....Bantahan Terbaru Semalam Tunjuk Sokongan PADU Ditunjukkan
Tindakan peniaga Low Yat menipu dikatakan antara punca pergaduhan di Low
Yat semalam. Sepatutnya perkara ini ditangani oleh pihak polis bagi
mendapatkan kisah sebenarnya. Namun tindakan yang disulami dengan
kemarahan melampau telah mengundang pergaduhan yang berbentuk ‘repeat’.
Menurut sumber, pergaduhan tersebut berulang pada malam ahad tadi
dengan kehadiran yang lebih besar.
ratusan orang berkumpul di luar Plaza Low Yat di Kuala Lumpur malam ini,
sehari selepas 7 lelaki mengamuk di premis berkenaan selepas rakan
mereka dikatakan dituduh mencuri telefon bimbit.
Seorang pemerhati mengambil gambar yang menunjukkan orang ramai
berkumpul di luar bangunan, walaupun polis memberi amaran supaya tidak
membuat spekulasi mengenai kes itu kerana ia masih dalam siasatan.
Mereka telah bersurai dalam jam 10 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad
mengumumkan, pergaduhan malam tadi tidak bermotifkan perkauman tetapi
semata-mata satu tindakan membalas dendam oleh sekumpulan belia yang
tidak berpuas hati kerana salah seorang rakan mereka ditahan kerana
didakwa mencuri telefon bimbit.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment