Sunday, July 26, 2015
Leh Percaya Ker....Sokongan Tinggi Masyarakat Cina Terhadap Adenan Petanda Positif
KUCHING : Penarafan populariti setinggi 60 peratus daripada kalangan
masyarakat Cina kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri
Adenan Satem, menjadi satu petanda baik kepada Barisan Nasional (BN)
menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.
Setiausaha Agung BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, ia tentu
sekali akan memberi impak positif dari segi peningkatan undi masyarakat
Cina kepada BN kali ini berdasarkan kepada corak pentadbiran yang
diterajui sejak setahun lebih yang lalu.
“Sudah pasti ia petanda baik untuk BN dan berharap semua parti komponen BN mengambil iktibar berkenaan.
“Ia sekali gus untuk memberi mandat kepada beliau (Adenan) supaya terus menerajui kerajaan negeri ini,” katanya.
Dr Rundi juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
terus optimis melalui penarafan diberi itu, diyakini ada peningkatan
undi Cina kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
“Saya pasti ada peningkatan undi Cina untuk BN pada kali ini,” tegasnya.
Pada Rabu lepas, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris, Borneo Post
dipetik melaporkan satu tinjauan yang dikendalikan sebuah agensi
peninjauan awam bebas menunjukkan Adenan mempunyai penarafan populariti
setinggi 60 peratus dalam kalangan masyarakat Cina.
Penarafan positif tinggi itu merupakan perubahan ketara dalam masyarakat
Cina yang selama ini lebih cenderung menyokong pembangkang.
Dalam reaksi kepada tinjauan itu, Adenan memberitahu Borneo Post, beliau
dapat merasai penerimaan masyarakat Cina terhadap dasarnya sejak beliau
memegang tampuk kerajaan negeri tidak sampai dua tahun lalu.
Bagaimanapun beliau menegaskan apa sahaja yang beliau lakukan untuk
masyarakat Cina tidak pernah mengetepikan masyarakat lain dan apa yang
beliau berikan kepada masyarakat Cina tidak lebih daripada apa
sewajarnya mereka peroleh.
Keadaan ini pastinya memberikan tamparan hebat buat Parti Tindakan
Demokratik (DAP) Sarawak dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang
bercita-cita besar mahu menawan Sarawak pada PRN Sarawak akan datang di
samping mahu mengekalkan penguasaan yang sedia ada sekiranya gagal
menyaingi kehebatan BN Sarawak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment