Bagaimanapun katanya, perkembangan media baru telah dijadikan sebagai senjata politik yang sengaja salahgunakan oleh pihak berkepentingan untuk menyemarakkan serangan fitnah terhadap parti pemerintah.
Friday, July 03, 2015
Media Perlu Bertanggungjawab Bina Budaya Bangsa, Bukan Sarat Laporan Fitnah
3 Julai 2015, Kuala Lumpur : Peranan media sama ada media cetak dan
eletronik perlu kembali kepada matlamat asal, iaitu membangunkan negara
dan rakyat serta membina peradaban budaya bangsa, kata Ketua UMNO
Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
“Media harus kembali kepada peranan asalnya, lebih beretika dan
mempunyai sikap tanggungjawab bersama untuk membina negara,”tegasnya.
Beliau berkata, asas kelahiran media ialah berusaha menyalurkan
maklumat tepat dan sahih disamping laporan bermanfaat kepada pembaca.
“Melihat kepada konteks negara kita, asas kelahiran media khususnya
media cetak pada mulanya untuk membebaskan negara daripada penjajah di
samping memperjuangkan kepentingan rakyat,” ujarnya dalam entri terbaru
di umnobahagiancheras.blogspot.com.
Katanya, kelahiran akhbar atau majalah sebelum merdeka
kebanyakkannya menjuruskan kepada perjuangan dan semangat anti-penjajah
disamping berperanan memaju anak bangsa.
Pada ketika itu sehingga pasca kemerdekaan katanya, media tidak
dipenuhi dengan laporan atau pemberitaan yang sarat dengan fitnah
mahupun adu domba bertujuan melaga-lagakan rakyat atau pemimpin.
“Sekarang ini, kesan ledakan teknologi maklumat semakin canggih dan
perkembangan media baru, media alternatif mula mengambil tempat di
kalangan pembaca terutama genersi muda,” katanya.
Bagaimanapun katanya, perkembangan media baru telah dijadikan sebagai senjata politik yang sengaja salahgunakan oleh pihak berkepentingan untuk menyemarakkan serangan fitnah terhadap parti pemerintah.
Syed Ali menjelaskan, parti politik terutama pembangkang termasuk
kumpulan bersikap anti-kerajaan menggunakan laman-laman sosial secara
terancang menabur fitnah dengan fakta-fakta tidak tepat dan tidak
berasas.
“Kumpulan ini mensasarkan fitnah berterusan dan teracang terhadap
kerjaaan sehingga berjaya membentuk persepsi negatif yang dilihat
terlalu sukar dikikis walaupun pada asasnya ianya merupakan satu
pembohongan yang amat ketara,” katanya.
Tambah beliau lagi, masyarakat terutama generasi muda menjadi
semakin keliru dengan lambakan berita berunsur fitnah yang disalurkan
menerusi media-media sosial.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO /BN Wilayah
Persekutuan berkata, kecenderungan menggunakan media sosial telah
menyuburkan budaya fitnah dan ini merupakan satu fenomena sosial yang
terpaksa di hadapai dan ditangani oleh kerajaan.
Syed Ali berkata, budaya fitnah yang disuburkan menerusi media sosial seperti laman-laman blog dan Facebook juga jelas bertentangan dengan budaya masyarakat rakyat negara ini.
“Malah serangan fitnah dan adu-domba menerusi laman-laman sosial
juga jelas bertentangan dengan adat resam orang Melayu dan bercanggah
dengan ajaran Islam,” tegasnya.
Beliau juga berkata, adakalanya pihak media lebih gemar
mensensasikan berita yang tidak sahih sumbernya bertujuan mencemar atau
memburuk-burukkan reputasi dan harga diri seserorang.
“Di samping untuk menjadikan berita itu sebagai rangking utama,
ianya juga lebih kepada usaha berniat jahat kerana menggunakan sumber
meragukan untuk mencela seseorang khususnya pemimpin negara,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mahu pengamal media kembali semula kepada
matlamat asal peranan media itu sendiri dengan lebih bersikap jujur,
profesional dan bertanggungjawab.
Beliau menyatakan demikian sebagai respon terhadap ingatan Perdana
Menteri kepada pengamal media untuk berlaku adil dan mencari kebenaran
sebelum melaporkan berita.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, media juga berperanan membentuk
akal, budi yang bertanggungjawab di kalangan masyarakat di negara ini.
“Berbeza pendapat tidak mengapa, tetapi kita perlu cari kebenaran,”
kata Najib pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Media di
Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam semalam.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment