Monday, July 13, 2015
PAS Perlu Keluar Dari Kerajaan Selangor Dan Pulau Pinang, Kata PasMa
13 Julai 2015, Kota Bharu : Selaras dengan keputusan yang dibuat Majlis Syura
Ulama yang menolak tahaluf siyasi dengan DAP kelmarin, Pas juga
dinasihatkan untuk menarik diri daripada pentadbiran kerajaan Selangor
dan Pulau Pinang.
Naib Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) Kelantan, Che
Ibrahim Mohamed berkata, langkah ini adalah kerana yang tinggal kini
hanyalah kerajaan negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor yang
ditubuhkan atas semangat PR.
“Pakatan Rakyat diwujudkan atas persefahaman antara Pas, DAP dan PKR.
Bila Pas secara rasminya memutuskan hubungan dengan DAP, maka secara
langsung akan menyebabkan hubungan Pas dengan PKR juga telah terputus
dengan sendiri kerana PR tidak lagi wujud. Sebab itulah keputusan untuk
menarik diri juga perlu dibuat Pas,” katanya kepada Sinar Harian
semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Syura Ulama Pas
terhadap status hubungan parti itu dengan DAP yang diputuskan kelmarin.
Menurutnya, jika Pas berhasrat untuk menjalinkan kerjasama hanya dengan
PKR, maka terserah kepada kedua-dua parti tersebut untuk memutuskannya,
tetapi sebelum itu kerajaan Selangor perlu disusun semula mengikut
persefahaman politik baru.
Beliau berkata, sama ada persefahaman tersebut melibatkan gabungan Pas
dan PKR serta beberapa adun lain bagi mencukupkan majoriti mudah yang
diperlukan, atau PKR memilih untuk membentuk kabinet baru kerajaan
Selangor bersama DAP.
“Ini kerana tidak ada mana-mana parti yang menguasai majoriti mudah di
Selangor, terserah kepada adun Pas sama ada mereka ingin menjadi
pembangkang bersama BN atau memilih untuk membentuk gabungan baru dengan
PKR dan DAP bagi mengelakkan pilihan raya negeri diadakan,” katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment