Sunday, July 12, 2015
PAS Perlu Siap Sedia Tinggalkan Kerajaan Selangor
12 Julai 2015, Bangi : Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan
Islam sederhana, menyatakan sokongan dengan keputusan PAS yang
menamatkan hubungan tahaluf siyasi mereka dengan DAP.
Memetik laporan Ismaweb, Timbalan Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya, berkata keputusan PAS ini sudah lama dinanti-nantikan.
“PAS membuat keputusan yang tepat. Isma sudah lama melihat tahaluf
antara PAS dan DAP akan mendatangkan mudarat kepada Islam dan PAS
sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas keputusan PAS yang memutuskan bahawa
hubungan tahaluf siyasi dengan DAP telah terbatal, manakala hubungan
dengan PKR kekal.
Ini berikutan Majlis Syura Ulama PAS kesal dengan tindakan provokasi
berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat
kerjasama pakatan rakyat, serta campur tangan dalam akidah, dasar dan
matlamat PAS.
Bagaimanapun, Haji Aminuddin brkata, PAS perlu menjelaskan pendirian mereka berhubung penglibatan dalam Kerajaan Selangor.
“PAS harus jelaskan kenapa mereka masih duduk bersama dengan DAP dalam
kerajaan negeri sedangkan mereka sudah memutuskan hubungan dengan DAP.
“Penjelasan ini perlu kerana kita tidak mahu rakyat terus keliru,” katanya.
Namun, kata Haji Aminuddin adalah lebih baik sekiranya PAS bersedia
untuk meninggalkan Kerajaan Selangor jika DAP masih wujud dalam kelompok
itu.
“Jika PAS boleh berbuat demikian, barulah nampak kejantanan PAS,” katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment