Sunday, July 26, 2015
Penjawat Awam, Pegawai GLC Penyokong Pembangkang Antara Punca Dasar Kerajaan Gagal
Tersebar di media sosial nama dua orang penyokong pembangkang yang
dikatakan merupakan penjawat awam dan seorang lagi merupakan pegawai
komunikasi di Khazanah.
Nama penjawat awam tersebut adalah Mohd Zahar, seorang guru di Pulau
Pinang. Seorang lagi adalah Adiba Shareen, pembantu Naib Presiden
Khazanah.
Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini adalah sejauh mana
keyakinan kerajaan Malaysia yang membayar gaji mereka bahawa mereka
mampu melaksanakan tugas mereka seperti mana dikehendaki oleh sebuah
kerajaan yang mendukung dasar- dasar Barisan Nasional (BN) secara
bersungguh-sungguh dah berkesan.
Kedua; sejauh mana keyakinan kerajaan yang menggaji mereka bahawa mereka
tidak akan bersikap khianat dan mensabotaj kerajaan pimpinan BN, baik
dari aspek kerahsiaan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan BN.
Saya berasa amat pelik bagaimanakah seorang penyokong pembangkang boleh
dilantik untuk melaksana dasar-dasar kerajaan BN dan menjelaskan
dasar-dasar kerajaan BN dengan berkesan?
Berdasarkan pemerhatian saya, seorang penjawat awam yang menjadi
penyokong pembangkang tidak mungkin dapat melaksanakan dasar kerajaan BN
dengan cemerlang dan berkesan kerana:
1. Mereka tidak yakin sepenuhnya dan tidak menyokong dasar-dasar
kerajaan BN, dan atas sebab itu mereka tidak mungkin akan mempunyai
sense of ownership terhadap pelaksanaan dasar-dasar ini.
2. Mereka tidak akan melaksanakan dasar-dasar kerajaan BN secara bersungguh-sungguh supaya kerajaan BN akan dilihat gagal
3. Mereka tidak mungkin dapat menjelaskan dasar-dasar kerajaan BN dengan baik kepada subordinat mereka dan rakyat
4. Mereka akan menyerang dasar-dasar kerajaan BN dalam tindakan dan kata-kata mereka.
5. Terdapat kemungkinan bahawa mereka akan mensabotaj kerajaan BN dengan
membocorkan rahsia-rahsia kerajaan dan mensabotaj pelaksanaan
dasar-dasar kerajaan BN sehingga menyebabkan dasar ini gagal
Atas sebab-sebab ini KSN dan JPA perlu membersihkan penyokong
pembangkang daripada kementerian dan agensi kerajaan kerana mereka
berkemungkinan besar menjadi punca kegagalan banyak dasar-dasar
kerajaan.
Apakah yang akan dilakukan oleh majikan sebuah syarikat swasta atau
badan korporat jika pekerja mereka melakukan salah satu atau lebih
daripada 5 perkara di atas?
Adakah sebuah organisasi akan terus menggaji individu yang tidak yakin
dengan dasar organisasi dan tidak mempunyai kesetiaan kepada organisasi
tersebut?
Adakah majikan akan menyimpan lagi orang seperti ini atau membuang mereka sebelum mereka memudaratkan syarikat?
Seorang penjawat awam yang menyokong pembangkang wajar meletakkan
jawatan kerana jika mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 5
perkara di atas, mereka sudah dianggap tidak dapat memenuhi
'expectation' pihak yang menggaji mereka, iaitu kerajaan Malaysia.
Adakah gaji mereka juga masih HALAL jika mereka melakukan salah satu daripada 5 perkara tersebut?
Perkara yang sama juga wajar terpakai kepada sebarang lantikan di dalam
Badan-badan Berkanun, Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan
syarikat-syarikat yang dimiliki kerajaan. Pihak yang tidak mempunyai
kesetiaan kepada organisasi yang menggaji mereka tidak wajar dikekalkan
dalam organisasi tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment