Wednesday, July 08, 2015
PM Umum Duit Raya Dan Dividen Felda RM88.8 Juta
7 Julai 2015, Jelebu : Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan
pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) melalui
pegangan Felda dalam syarikat ini yang berjumlah lebih RM59.2 juta.
Perdana Menteri yang menghadiri majlis Ihya’ Rahmat Ramadan Warga Felda
peringkat kebangsaan 2015, juga menyampaikan duit raya kepada peneroka
Felda dengan jumlah keseluruhannya lebih RM29.6 juta. Dividen FGV dan
pemberian duit raya akan dibayar mulai 13 Julai ini.
Seramai 98,688 peneroka yang bersama Felda dan layak masing-masing akan
menerima dividen sebanyak RM600 dan RM300 duit raya, manakala 13,947
peneroka yang tidak bersama Felda tidak mendapat dividen dan duit raya.
Peneroka yang tidak bersama Felda Felda adalah mereka yang tidak menanam
semula bersama Felda atau tidak menghantar hasil ladang ke Felda,
berurusniaga tanah tanpa kebenaran Felda dan menyaman Felda.
“Saya berharap pemberian duit raya akan dapat meringankan beban kewangan
peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal,’’ katanya
di Padang Awam Felda Pasoh 4, dekat sini hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri melawat rumah contoh Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Pasoh 1 dekat sini.
Ketibaan Najib disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan
Malek; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Jalaluddin Alias.
Projek perumahan itu bermula pada dua tahun lalu dan akan diserahkan
kepada generasi kedua Felda berkeluasan 1,000 kaki persegi setiap unit
melibatkan pembinaan sebanyak 144 unit di Felda Pasoh 1.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment