Sunday, July 26, 2015
Udah Udah Lah Tun....Ada Sekatan, Tapi Saya Akan Terus Menulis Tentang 1MDB - Tun M
KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak akan
berhenti menulis mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi
laman blognya.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau sedar terdapat sekatan
terhadap akhbar dan medium lain yang menulis artikel mengenai 1MDB sejak
akhir-akhir ini.
"Ada sekatan terhadap media, secara efektifnya, memang ada sekatan,
tetapi saya akan terus menulis mengenai 1MDB," katanya ketika ditemui di
lobi sebuah hotel di sini, Jumaat.
Dr Mahathir ditanya sama ada beliau akan terus menulis mengenai isu-isu
mengenai 1MDB di blognya selepas laman Sarawak Report disekat aksesnya
oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Selain Sarawak Report yang banyak membuat pendedahan dengan dakwaan
bahawa berlakunya penyelewengan dalam 1MDB, Dr Mahathir melalui blognya
juga dilihat sering menulis dan mengkritik isu berkaitan 1MDB sejak
akhir-akhir ini.
Pada Ahad, SKMM menerusi kenyataannya berkata, ia memutuskan untuk
menyekat laman sesawang The Sarawak Report kerana didapati boleh
mengganggu-gugat keselamatan negara.
Tindakan itu susulan maklumat dan aduan yang diterima daripada orang
ramai mengenai laman itu yang memaparkan kandungan yang masih tidak
dapat dipastikan kesahihannya dan masih dalam siasatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment