Tuesday, November 03, 2015
BN Akan Bantu PAS Kalahkan DAP
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen BN-Ketereh, Tan Sri Annuar Musa
berkata Barisan Nasional (BN) dengan senang hati akan membantu Pas bagi
memastikan kekalahan DAP di Selangor.
Ini merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang
berhasrat untuk mengambil alih lapan kerusi Pas di negeri berkenaan.
“DAP akan meletakkan calon di kerusi Pas, kalau betul saya akan ajak BN beri sokongan kepada Pas untuk kalahkan DAP.
“Negara akan mengalami sistem politik baru yang berasaskan kesedaran.
Proses perjalanan panjang dengan DAP membuktikan siapa DAP sebenarnya.
“Sebab perkongsian itu (gabungan politik) menguntungkan DAP, dan PKR
duduk di bawah ehsan DAP… Pas dipersendakan begitu,” katanya di dalam
Dewan Rakyat ketika mengambil bahagian di dalam bahas Perbekalan 2016
hari ini.
Annuar juga dalam masa yang sama mengakui kenyataan Ahli Parlimen
BN-Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang mengatakan DAP tidak
mengiktiraf parti baru serpihan Pas, Parti Amanah Negara (Amanah) kerana
berhasrat untuk bertanding di lapan kawasan milik Pas Selangor.
“Itu tabie (tabiat) mereka.. Sebab kekuatan PR (Pakatan Rakyat)
sebenarnya datang dari Pas… Siapa lah PKR kalau tiada Pas,” jawabnya
lagi ketika menjawab celahan Shamsul Anuar.
Susulan daripada konflik itu, Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi
Umno yakin bahawa pembangkang akan gagal dalam mengumpul undi yang cukup
untuk menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Saya yakin pembangkang tidak akan dapat mengumpul hatta 88 kerusi untuk undi tidak percaya kepada Najib,” ujarnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment