Monday, November 02, 2015
DAP Akan Bertanding di Kerusi PAS Untuk Jatuhkan Kuasa Politik Melayu?
DAP mungkin akan bertanding di lapan kerusi PAS dalam pilihan raya umum
akan datang dan sudah bersedia ke arah itu, kata setiausaha publisitinya
Tony Pua.
Kerusi-kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
“Inilah lapan kerusi yang kami percaya mempunyai pengaruh ketara dan
boleh menang,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
“Kerusi-kerusi ini dipilih kerana kami percaya jika berlaku pertembungan
tiga penjuru, kami dapat menang, yang mana tidak akan menjejaskan
cita-cita Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan di Selangor,”
Keputusan lanjut bagaimanapun akan diputuskan setelah perbincangan Pakatan Harapan Selangor, melibatkan DAP, PKR dan AMANAH.
Apa pandangan pemimpin serta penyokong PAS dalam hal ini? Terbukti DAP
kini mula menunjukkan belangnya yang sebenar didalam agenda memusnahkan
politik melayu di negara ini.
Jika sebelum ini PAS banyak membantu DAP meraih sokongan orang melayu
khususnya didalam gerak saraf memburukkan kerajaan pemerintah didalam
kampung-kampung, kini nampaknya DAP mengkhianati jasa-jasa PAS.
Benarlah seperti yang dikatakan didalam kitab.., sebaik-baik kafir itu
adalah seburuk-buruk orang muslim. Nyatalah DAP kini adalah musuh
sebenar yang tamakkan kuasa melebihi dari segalanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment