Monday, November 02, 2015

Inilah Peluang Untuk Tony Pua Tunjukkan "Kejantanan".. - TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik cabaran perdebatan yang dibuat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua terhadap Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

Menurut Zahid Hamidi, ini peluang terbaik yang diperolehi Pua yang mahu mengetahui kedudukan sebenar 1MDB yang kononnya sarat dengan hutang dan dakwaan tidak mampu membayar hutang yang dimiliki syarikat tersebut.

Selain itu, ini juga merupakan masa terbaik untuk Pua menunjukkan kejantanan beliau apabila sebelum ini lantang mencabar Arul untuk berdebat mengenai 1MDB.

"Saya harap ia menjernihkan fakta-fakta yang keruh dan pencerahan dilakukan Arul akan dapat memberi gambaran yang sebenar tentang apa yang berlaku dan bukan memesongkan fakta.

"Saya harap perbahasan dapat dibuat secara terbuka dan langsung. Maka dengan cara ini, keberanian dan kejantanan terserlah," kata Menteri Dalam Negeri itu.

Zahid yang menyentuh mengenai syarat yang dibuat Arul terhadap Pua untuk melepaskan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum berdebat, menyifatkan perkara tersebut tepat bagi tidak mencampur adukkan hal sebagai ahli PAC.

Tambahnya, walaupun syarat tersebut dilonggarkan kepada Pua, tetapi Pua tidak mempunyai kejantanan apabila meletakkkan syarat dengan mengatakan hanya beliau sahaja boleh persoal dalam debat tersebut.

"Apabila Arul minta supaya Pua letak jawatan sebagai ahli PA, itu ertinya, beliau cadangkan jangan gunakan hal sebagai ahli PAC di luar mesyuarat. Maknanya Arul ikhlas menyahut cabaran. Tapi Pua pula tak nak debat, nak persoal," katanya.

Kalau tidak berani untuk berdebat usahlah mencabar kononnya diri tu hebat sebagainya. Apabila orang dah berani menyahut cabaran macam-macam pula diletakkan syaratnya. Lagipun, kalau berdebat kedua-dua pihak perlu la soal menyoal... bukan sebelah pihak je.

Kalau diri tu takda kejantanan, lain kali tak payah nak cabar. Takut katakan saja takut. Haha...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment