Monday, November 02, 2015
Aziz Bari Mahu Sultan Lantik Bukan Melayu Sebagai Menteri Besar
Dr Abdul Aziz Bari yang telah menyertai DAP mahu Sultan di negara ini
menerima orang bukan Melayu menjadi Menteri Besar jika memenuhi syarat
dan dipilih.
Kata Aziz Bari, Sultan boleh melantik orang bukan Islam untuk menjadi Menteri Besar kerana ia dibenarkan dalam Perlembagaan.
"Lantik bukan menteri besar bukan Melayu cuma kena tengok dalam konteks
tertentu. Sebagai peruntukan umum memang orang Melayu saja boleh jadi
menteri besar.
"Tetapi yang nombor dua dalam Perlembagaan dinyatakan untuk pastikan
syarat dan kedudukan menteri besar dipenuhi. Sultan boleh mengetepikan
peruntukan tersebut. Maknanya Sultan boleh lantik orang bukan Melayu.
"Ada pelbagai situasi dan maksudnya, kelonggaran diberikan kepada Sultan untuk melantik orang bukan Melayu," kata Aziz Bari.
Mentang-mentang dah masuk parti bukan Melayu, mahu pula Sultan lantik
orang bukan Melayu jadi Menteri Besar. Mula-mula suruh lantik jadi
menteri besar, lepas tu suruh lantik orang bukan Melayu jadi Perdana
Menteri pula. Orang macam ni laa yang menjadi perosak bangsa.
Kenapa?? dah takda orang Melayu yang layak menjadi menteri besar ke yang
nak lantik bangsa lain tu?? Dah bangga sangat ke dengan bangsa lain
untuk memimpin negara bagai??
Tahulah nak suruh Sultan lantik pemimpin DAP untuk menggantikan Menteri
Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali selepas tindakan Azmin yang masih
mempertahankan Pas dalam kedudukan kerajaan negeri itu. Tapi
agak-agaklah...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment