Monday, November 02, 2015
Zaman Mahathir Tak Ada Bantuan Kepada Rakyat Ketika Ringgit Jatuh
Ramai menganggap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai
pahlawan sejati apabila lantang mengkritik dan menghentam pentadbiran
Datuk Seri Najib Razak kerana kononnya menyebabkan kejatuhan Ringgit.
Tetapi, ingatkah kita dimasa pentadbiran Mahathir, adakah Mahathir
berjaya membawa ekonomi negara dikedudukan selesa semasa krisis kewangan
Asia berlaku dan apa langkah yang beliau lakukan bagi memastikan rakyat
tidak terbeban dengan krisis yang melanda ketika itu??
Untuk pengetahuan anda, Mahathir ketika krisis kewangan berlaku, beliau
hanya memikirkan kepentingan diri dan kronisme berbanding rakyat
khususnya golongan bawahan yang kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal
ekoran krisis yang melanda ketika itu.
Namun, jika dibandingkan dengan pentadbiran Najib yang kononnya
menyebabkan nilai Ringgit jatuh, Perdana Menteri itu tetap menitik
beratkan kebajikan rakyat dengan meneruskan beberapa bantuan skim kepada
mereka yang berkelayakan menerimanya, malah menaikkan kadar skim
tersebut.
"Kita perlu mengurangkan perbelanjaan mengurus, sama seperti apa yang
berlaku pada tahun 1997, apabila ia mengalami masalah kewangan asia.
"Tetapi mengapa ini tidak berlaku, mengapa bukan masa ini?? bukan sahaja
program-program yang berterusan, kita telah berjaya meningkatkan
program untuk kebajikan rakyat, termasuk kakitangan awam," kata Najib.
Jadi dengan ini, dapat menjelaskan bahawa pentadbiran Najib lebih bagus
berbanding Mahathir yang kononnya menjadi hero rakyat. Walaupun Ringgit
mengalami kejatuhan, Najib masih mampu memberi skim bantuan kepada
rakyat.
Oleh demikian, anda mampu memutuskan siapa lebih baik mentadbir negara
walaupun dikatakan keadaan ekonomi negara tidak stabil. Tepuk dada
jawaplah sendiri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment