Monday, November 02, 2015
Defisit Baik Untuk Rakyat Selangor Kata Azmin, Pulak Dah!!
Mula-mula saya ingat kalau-kalau saya tersilap baca, tapi
rupanya memang Azmin dalam pembentangan bajet kerajaan Selangor Jumaat
lepas mengakui bahawa belanjawan defisit 2016 kali ini terpaksa dibuat
(ikut ayat yang dia sendiri sebut) – demi kebaikan rakyat.
Buat pertama kali dalam sejarah,
belanjawan Selangor catat defisit sebanyak RM 630 juta.
Tapi Azmin kata
boleh jadi bajet surpus (lebihan) kalau ikut jangkaan. Tak hairan
kenapa kerajaan Azmin naik sewa tapak pasar malam beratus peratus
tinggi, nak capai bajet surplus lah agaknya.
Di Parlimen dimana Bajet 2016 kerajaan
persekutuan dibentang minggu sudah, Azmin dan sekutu-sekutunya mengutuk
bajet itu kerana ia mencatat defisit (sekitar 3%) buat 16 tahun
berturut-turut tapi yang di Selangor sejak Pakatan ambil alih pada 2008,
tak pernah yang tak defisit, semua bajet mereka defisit – tak sebut
lagi bajet tambahan yang dimohon pada tengah-tengah tahun.
Ini menunjukkan, defisit tak defisit
bukan masalah sebetulnya. Ya, sementara Datuk Seri Najib Tun Razak
berusaha mengurangkan defisit tapi defisit atau tidak bukanlah masalah
sebenarnya seperti yang pembangkang cuba gambarkan. Negara kita tak
pernah bankrap pun lagi, dan tak akan bankrap pun Insya Allah sebab
bukan orang sebarangan yang dilantik jadi Perdana Menteri.
Tapi pokoknya sekarang, kenapa Azmin
punya defisit balaci boleh sokong, Najib punya defisit tak boleh sokong?
Walhal dengan harga minyak yang dijangka naik tahun depan, pendapatan
dari GST lagi, bajet 2016 yang Najib bentang lagi beratus kali peratus
berkemungkinan lebih tinggi untuk jadi surplus.
Itu sebab semua ini hanya permainan
politik dan persepsi, kebetulan yang percaya pembangkang ada otak tapi
bukan guna sangat, setahun sekali pun entah, sebab itu mudah
dibodoh-bodohkan.
Apa pengajarannya? Lepas ini jangan
ambik peduli sangatlah bila sesuatu perkara itu dijadikan isu sebab
sudah jelas ia bukanlah serius dan ada kesan kepada rakyat. Kerajaan,
BNlah maksudnya ni, tahulah apa yang nak dibuat. Bukan sehari dua
perintah negara ni, banding dengan pembangkang yang baru 2 PRU lepas
saja dapat berkuasa lebih sikit, kalau tidak Kelantan, Terengganu,
Kelantan Terengganu tak sudah-sudah.
Tapi kalau nak sibuk juga silakan.
Begitupun adalah lebih baik periksa diri tu dulu, hebat macam mana,
tinggi macam mana sekolah dan sebagainya, setakat pandai taip dalam FB
saja, rentikanlah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment