Monday, November 02, 2015

Pertahanan Ekonomi Kuat, Negara Terus Mampu Dibangun

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/10/najib-milan.jpg
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mampu melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan memperkenalkan program untuk kebaikan rakyat walaupun pada masa ekonomi dunia kini yang tidak menentu.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku kerana kerajaan sebelum ini telah membina pertahanan ekonomi yang baik terhadap faktor-faktor asing yang berada di luar kawalan Malaysia.

Menurutnya, sistem pertahanan ekonomi dalam bentuk rasionalisasi subsidi dan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) itu membolehkan pelbagai program untuk rakyat terus dilaksanakan di bawah Bajet 2016 walaupun faktor luar tidak berpihak kepada Malaysia.

“GST yang dikutip telah dipulangkan kepada rakyat melalui program-program yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment