Monday, November 02, 2015
Adakah Tony Guna Speaker Sebagai Penyelamat Maruahnya?
Speaker Dewan Rakyat sebentar tadi
melarang debat 1MDB yang dicadang antara CEO syarikat itu Arul Kandasamy
dengan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua diadakan bagi mengelak gangguan
kepada prosiding PAC mengenai syarikat tersebut yang sedang berlangsung.
Entah bagaimana Speaker melihat debat
ini boleh menjejaskan prosiding PAC mengenai 1MDB sedangkan tindakan
Tony berulang kali membuat kenyataan mengenai 1MDB tidak dilihat pula
boleh mengganggu prosiding siasatan.
Tapi itu persoalan yang akan dikupas
lain masa sebab yang penting sekarang, dalam keadaan Tony dilihat
terjerat setelah cabaran debatnya disambut Arul, tindakan Speaker ini
seolah-olah cuba menyelamatkan maruah Tony dan DAP.
Maka tidak hairanlah kenapa DAP tidak
menunggu panjang untuk menjarakkan Tony dalam perkara ini apabila Ahli
Parlimen Seremban, Anthony Loke terus mengadakan sidang media untuk
mengumumkan kebarangkalian pembangkang akan menggunakan orang lain untuk
menggantikan Tony.
Kira macam dengan keputusan ini,
terselamatlah maruah DAP dan Tony, adalah alasan nanti kenapa taknak
diadakan debat – Speaker tak bagi.
Begitupun kalau Tony sangka dengan
pengumuman ini dia akan terselamat, dia silap.
Semua orang tahu
sekarang dia penakut, dia yang mula cabar debat kemudian dia juga yang
cari pelbagai jalan supaya debat itu tidak diadakan – setelah Arul
menyambut salam perdebatannya.
Semua ini boleh dianggap sebagai bukti
bahawa 1MDB tidak ada masalah. Yang banyak cakap, yang banyak buat
cerita pun tak berani bila berhadapan dengan orang nombor satu 1MDB.
Orang ini bukan orang poltik pun tapi beliau berjaya menewaskan antara
spinner terhebat dalam DAP.
Terdedahlah kelemahan Tony dan DAP
sekarang, iaitu mereka hanya pandai bercakap sehala, bila diajak
berdebat, mereka akan tewas dengan mencari alasan dan jalan untuk tidak
meneruskan perdebatan itu. Rasanyanya bukan Tony, semua pembangkang pun
macam itu, sebab itu bila ada isu di Parlimen, mereka akan membuat
bising untuk menutup malu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment