Monday, November 02, 2015
Kelantan Bakal Guna NGO Sebagai Alat Kaut Untung Dari Mangsa Banjir?
Musim tengkujuh
datang lagi. Seperti kelazimannya negeri-negeri di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia bakal berhadapan dengan segala kemungkinan yang
tidak dapat dijangka.
Tahun 2014 menyaksikan bagaimana Kelantan
adalah negeri yang paling teruk dilanda malapetaka banjir sehinggakan
digelar oleh rakyat di sana sebagai Banjir Kuning atau dalam bahasa
dialek Kelantan, Bah Kuning.
Hadirnya banjir petaka ini bukan sahaja
mengorbankan nyawa malah harta benda penduduk yang majoritinya mendiami
di sepanjang sungai-sungai di dalam daerah tertentu.
Sebagai contoh,
antara daerah yang teruk musnah adalah Tanah Merah dan sebahagian Pasir
Mas.
Bayangkan hampir tiga ribu unit rumah
kediaman samada yang bertaraf harta milik persendirian ataupun bertaraf
setinggan musnah sama sekali. Paling teruk, sehingga artikel ini
ditulis, masalah penempatan terutama pemberian rumah kepada mangsa
banjir tersebut masih belum selesai.
Ironinya bala petaka ini bukan setahun dua pernah dialami oleh negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Peristiwa banjir besar yang dikenali
sebagai Bah Merah pernah berlaku pada tahun 1920an lagi. Hampir setiap
tahun banjir berlaku dan Kerajaan Pusatlah yang turun membantu termasuk
membantu dari segi kewangan kepada mangsa yang terlibat. Kerajaan Negeri
terutamanya selama 23 tahun di bawah pemerintahan PAS hanya mampu
‘membina’ alasan dan bukannya membina tebatan banjir.
Alasan paling kukuh yang pernah
dipersembahkan oleh Kerajaan PAS adalah ‘Qada dan Qadar’, rakyat dan
mangsa banjir kena belajar menerima ujian dari Maha Pencipta ini.
Terbaharu di sidang DUN Kelantan, Menteri
Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dengan nada sudah kehilangan semangat
berjuang untuk rakyat seperti sebelum Pilihanraya Umum ke 13 menjawap
soalan dari Mohamad Zaki Ibrahim Adun Pas Kelaboran bahawa Kelantan akan
menggunakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai sektariat mengurus
banjir.
Tidakkah Kerajaan PAS Kelantan merasa
malu apabila mendedahkan bahawa perancangan menyerahkan kerja
penyelerasan banjir ini adalah hasil rumusan daripada beberapa bengkel
yang dibuat serta taklimat bagaimana untuk menyelesaikan serta tindakan
yang sepatutnya dibuat oleh kerajaan apabila menghadapi petaka banjir.
Dua puluh lima tahun Kerajaan PAS
memerintah, sepanjang itulah mereka menghadapi situasi yang sama saban
tahun dan akhirnya itu sahaja jawapan kepada permasalahan yang mampu PAS
Kelantan buat, menyerahkan kepada NGO untuk urus masalah banjir.
Kenapa NGO?
Persoalan yang wajar mendapat perhatian
rakyat Kelantan. Adakah ianya berkait rapat dengan penyaluran dan dana
bantuan dari Kerajaan Pusat dan juga syarikat-syarikat yang bermurah
hati?
Kalau pengurusan banjir dijalankan oleh
NGO, pekerja kerajaan negeri boleh mengambil cuti bersenang lenang
bersama keluarga? Atau jawapan Menteri Besar pada tahun lepas bahawa
beliau juga sibuk mengurus rumahnya yang turut menjadi mangsa banjir
maka semua kena serahkan kepada pihak lain untuk uruskan semua ini?
Mungkin Kerajaan PAS Kelantan masih
beranggapan rakyat Kelantan kurang cerdik dan boleh ditipu untuk
‘kelepek’ duit sumbangan yang bakal diterima dengan jumlah jutaan
ringgit seperti kebiasaannya di tahun tahun sebelumnya?
Bersandarkan ‘akaun mala petaka’ yang
diuruskan oleh NGO, siapa pun tidak akan bertanya kemana dibelanjakan,
inikah cara Kerajaan PAS Kelantan dalam usaha mencari Tabung Politik
peribadi wakil-wakil rakyat mereka?
Adakah Adun BN Kelantan tidak nampak kebocoran yang bakal berlaku ini?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment