Monday, November 02, 2015
Pakatan Cadang Gantung Subsidi Beras ST 15
Pakatan Rakyat/Harapan/Whateva sekarang ini
memainkan isu berkenaan penubuhan ‘Program Subsidi Pengeluaran Beras
ST15’ yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2008.
Isu-isu berkenaan subsidi yang berjumlah RM530 juta setahun itu telah dinyatakan di dalam Laporan Ketua Audit 2013.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang juga terdiri daripada
ahli-ahli Pakatan Whateva mencadangkan pada Mac 2015 untuk menggantung
skim tersebut kerana tidak mencapai matlamat untuk membekalkan beras
yang lebih murah kepada mereka yang memerlukan, dan pada masa yang sama
memastikan bahawa para petani mendapat manfaat daripada subsidi
tersebut.
Bagaimanapun, agak sukar untuk mengawal mereka yang membeli beras
yang disubsidi dan juga kualiti beras, yang berkurangan disebabkan beras
yang lebih murah dan kurang kualiti diseludup oleh pengimport Thailand.
Kekurangan beras ST15 juga telah menjadi kebiasaan kerana kebanyakan
beras tersebut dijual di restoran dan pengilang (pengilang bihun)-
sepatutnya tidak berlaku
Semalam, Menteri Pertanian telah mengumumkan bahawa pihaknya sedang
mengusahakan satu skim baru bagi memastikan mereka yang berada dalam
golongan rakyat Malaysia berpendapatan rendah dapat membeli beras yang
lebih murah dan berkualiti daripada ST15 dan mengelakkan daripada
kesilapan dan ketirisan seperti dalam skim ST15.
Perkara ini akan melibatkan subsidi sebanyak RM7.50 bagi setiap karung beras untuk golongan sasar.
Pada masa yang sama, Kementerian Pertanian dan Asas Tani juga akan
bekerjasama dengan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah bagi memastikan
petani-petani berskala kecil untuk terus menerima bantuan bagi
menggantikan apa yang telah diberi di bawah skim ST15.
Adalah tidak wajar untuk Pakatan Whateva mengambil kesempatan ke atas
kejahilan rakyat berkenaan masalah berkaitan program ST15 untuk
menaikkan kemarahan terhadap kerajaan dan menjaja cerita bahawa kerajaan
tidak mahu lagi memberi beras murah kepada rakyat yang miskin.
Laporan Ketua Audit (AG) jelas menunjukkan terdapat isu. PAC sendiri
yang juga termasuk ahli-ahli Pakatan telah meminta program tersebut
dihentikan.
Dan apabila pihak kerajaan memberhentikan skim tersebut, mereka menyalahkan kerajaan?
Ia bukanlah kerana kerajaan tidak lagi mahu membantu golongan petani
berskala kecil dan mereka yang layak untuk membeli beras yang lebih
murah dan berkualiti.
Sebaliknya kerajaan mendapati skim ST15 adalah tidak sesuai dan akan
menggunakan memperhalusi skim baru untuk tahun hadapan bagi memastikan
manfaat yang maksima dan mengurangkan ketirisan.
Dan ini menjadi masalah buat Pakatan Whateva?
Siapa yang sebenarnya diperjuangkan oleh Pakatan Whateva?
Rakyat miskin atau orang kaya dan pemilik kilang yang mengambil
kesempatan terhadap skim subsidi tersebut bagi memperkayakan diri
mereka?
Oleh : Lim Sian See
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment