Wednesday, November 11, 2015
Mahathir Cakap Tak Serupa Bikin.. - Salleh Keruak
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebelum ini memberi cadangan
kepada Mahkamah di negara ini supaya melihat kehidupan mewah yang
diamalkan oleh pemimpin dan ahli politik sebagai bukti berlakunya rasuah
di tempelak oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh
Said Keruak.
Salleh yang menempelak Mahathir berkata, syor yang dicadangkan bekas
perdana menteri itu kepada Mahkamah dilihat sebagai cadangan yang
memakan diri kerana Mahathir serta keluarganya juga mengamalkan gaya
hidup mewah.
Katanya, Mahathir dan keluarga jelas mengamalkan gaya hidup mewah dan
kehidupan beliau serta anak-anaknya itu boleh diambil sebagai bukti
rasuah sekiranya Mahathir mahu mahkamah mengambil gaya kehidupan
seseorang itu.
Menurut Salleh, cadangan yang dibuat oleh Mahathir adalah tidak masuk
akal apabila mahu mahkamah melihat cara kehidupan yang diamalkan
pemimpin dan ahli poitik itu diambil sebagai bukti rasuah.
Tambah Salleh, cadangan yang dibuat Mahathir itu bercanggah dengan
prinsip undang-undang di mana seseorang itu tidak dianggap bersalah
sehinnga terbukti bersalah.
"Jika ini cara sistem undang-undang baru itu dikuatkuasakan, Mahathir
sendiri tidak akan selamat berdasarkan gaya hidup mewah keluarganya
sendiri yang perlu dibuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan rasuah
atau tidak akan dihumban ke penjara," kata Salleh Keruak.
Jika Mahathir mahu mahkamah mengambil cadangan untuk dilaksanakan, orang
pertama yang mahkamah perlu ambil tindakan adalah terhadap Mahathir dan
keluarganya.
Perkara ini jelas apabila kehidupan anak-anaknya yang begitu mewah dapat
dikecapi dalam masa yang sebegitu singkat. Walhal, jika mahu membina
kehidupan yang mewah ianya mengambil masa yang agak lama, tetapi tidak
buat anak-anak Mahathir.
Oeh itu, cadangan Mahathir yang kononnya mahu mahkamah mengambil
tindakan terhadap pemimpin dan ahli politik yang tidak disukainya
dilihat memakan dirinya sendiri apabila anak-anaknya sendiri mengamalkan
hidup mewah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment