Wednesday, November 11, 2015
Bangkai Amanah Masih Berada Dalam PAS
Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Dr Mahfodz Mohamed menggesa bekas Naib
Presiden Pas Datuk Husam Musa supaya keluar Pas dan menyertai parti
Amanah Negara (Amanah) ekoran melempar tuduhan liar terhadap Presiden
Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Mahfodz, Husam sengaja melemparkan tuduhan tidak berasas itu
kerana mempunyai kaitan dengan kekalahan beliau mengekalkan kerusi
sebagai naib presiden Pas pada pemilihan parti Jun lalu.
Mahfodz berkata, Husam digesa untuk keluar dari Pas dan menyertai
rakan-rakannya yang kalah dalam pemilihan parti lalu yang menubuhkan
parti Amanah dengan dakwaan kononnya mahu menggantikan kedudukan Pas
sebagai sebuah parti Islam..
Tambah Mahfodz, beliau tidak mahu bangkai Amanah masih berada dalam Pas
kerana ia akan memusnahkan hubungan sesama pemimpin parti Islam itu.
"Mereka itu bekas pemimpin yang kalah dalam pemilihan dan hari ini mereka menubuhkan parti.
"Kita tidak tahu tujuan dia mengkritik secara terbuka. Adakah disebabkan
kalah dalam muktamar baru-baru ini? Kita tidak mahu gunting dalam
lipatan menjejaskan parti. Lebih baik tinggalkan parti dan sertai
rakan-rakannya dalam Amanah," kata Mahfodz.
Dalam masa sama, Mahfodz sendiri tidak tahu mengapa Husam yang
disifatkan sebagai progresif masih setia berada dalam Pas dan tidak
menyertai Amanah.
Oleh itu, Mahfodz tidak menolak kemungkinan Husam masih berada dalam Pas
bagi mempecah-belahkan parti Islam itu lagi selepas apa yang telah
dilakukan oleh rakan-rakannya yang tewas pada pemilihan lalu.
"Saya tida tahu mengapa Husam tida sertai rakannya dalam Amanah dan tidak tahu strateginya terus berada dalam Pas," katanya.
Secara lazimnya, sebab utama Husam masih berada dalam Pas adalah untuk
memecah-belahkan Pas... seperti pemimpin Pas tahu Husam ini merupakan
pemimpin progresif yang telah menubuhkan parti baharu Amanah tetapi
Husam tidak menyertai rakan-rakan progresifnya. Bukankah itu menimbulkan
satu tanda tanya mengapa beliau tidak bersama mereka??.
Husam mengambil langkah dengan mengekalkan dirinya bersama Pas tetapi
dalam masa sama beliau lantang mengkritik dan melemparkan tuduhan yang
tidak berasas. Ini jelas beliau cuba memecah-belahkan hubungan pemimpin
dan ahli Pas.
Jadi, Pas perlu menggesa atau memecat Husam supaya imej parti Islam itu
tidak dirosakkan oleh bangkai-bangkai Amanah yang masih berada dalam
Pas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment