Wednesday, November 11, 2015
DAP Menggelupur Bila PAS Bawa Hudud Ke Parlimen
Saman yang dilakukan macai-macai DAP untuk menghalang Presiden Pas Datuk
Seri Abdul Hadi Awang dari membentangkan rang undang-undang
persendirian hukum hudud di Parlimen ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur dan perkara itu membuatkan pemimpin DAP tidak senang duduk.
Disebabkan Mahkamah membatalkan saman yang dibuat oleh 4 individu macai
DAP, Hadi dikhabarkan akan membentangkan rang undang-undang hukum hudud
di Parlimen pada sesi akan datang.
Walau bagaimanapaun, Ketua Whip Parlimen DAP Anthony Loke menyifatkan
usaha Hadi untuk membawa rang undang-undang hukum hudud itu tidak akan
berjaya walaupun Mahkamah Tinggi telah membatalkan saman yang dibuat
terhadap presiden Pas itu.
Anthony berkata, peluang Hadi untuk membahaskan usul hukum hudud itu
tipis kerana cubaan Hadi untuk membahas usul hudud dua kali sebelum ini
tidak pernah berjaya.
Oleh demikian, Anthony menyifatkan usaha Pas untuk membawa usul hukum
hudud di Parlimen hanya perkara yang sia-sia dan perkara itu tidak akan
terjadi selagi Barisan Nasional (BN) memerintah negara.
"Sudah tentu daripada segi teknikal, rang undang-undang persendirian
mengenai hudud masih boleh dibentangkan, tetapi semua orang tahu
hasilnya akan sama.
"Ia akan disenaraikan dalam Atuaran Urusan Mesyuarat tetapi tidak akan
dibahaskan seperti yang berlaku dua kali sebelum ini," kata Ahli
Parlimen Seremban itu.
Dalam masa sama, Anthony memaklumkan jika usul hukum hudud itu berjaya
di bawa ke sidang Parlimen nanti, ia sesuatu yang mengejutkan pemimpin
DAP dan mengesyaki ada agenda tersembunyi yang dilakukan BN kerana
membenarkan usul tersebut dibahas di dalam Dewan Rakyat.
"Saya akan sangat terkejut kalau kerajaan membenarkannya," katanya.
Jelas kelihatan pemimpin DAP kini tidak senang duduk apabila saman yang
dilakukan oleh macai-macai mereka gagal menghalang Pas untuk
membentangkan usul hukum hudud di Parlimen.
Mereka sanggup mengkritik dan menyifatkan ada agenda tersembunyi yang
dilakukan oleh kerajaan jika usul yang dibawa Pas itu dibentangkan dalam
Dewan Rakyat kelak.
Rasanya tiada salah ataupun ada agenda yang tersembunyi jika kerajaan
membenarkan usul tersebut dibentangkan kerana mana-mana Ahli Parlimen
diberi kebenaran untuk membawa usul masing-masing, seperti yang
dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini yang juga membawa
beberapa usul ke dalam Parlimen.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment