Wednesday, November 11, 2015

Menteri Besar Selangor Anggap Polis Tak Boleh Pakai?

Bengang dengan sikap acuh tak acuh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung perhimpunan Bersih 4.0.  Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali terus melabelkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa sebagai seorang yang tidak professional.

Menteri Besar Selangor itu mengeluarkan kenyataan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan tugas tidak berdisiplin yang ditunjukkan pihak PDRM kerana mengeluarkan kenyataan tidak benar.

Menurut Azmin, dakwaan pihak polis yang menyatakan bahawa anak bongsunya telah dipanggil polis tiga bulan lalu iaitu sejak Julai untuk diambil keterangan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 4.0 adalah tidak benar.

Tuduhan tersebut bercanggah kerana perhimpunan Bersih 4.0 dijalankan pada penghujung bulan Ogos, 30 Ogos.  Mungkin terdapat kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak berkuasa, namun Azmin mengambil sikap terburu-buru dengan mengelar mereka sebagai tidak profesional bagi menjatuhkan kreadibiliti pihak berkuasa.

“Beliau berkata anak saya telah dipanggil polis untuk beri keterangan sejak tiga bulan lalu iaitu pada Julai sedangkan Bersih 4.0 hanya berlangsung pada 30 Ogos.

“Jadi kenyataan beliau itu jelas menunjukkan betapa (tidak) profesionalnya pasukan polis kita,” katanya.

Azmin menyindir kewibawaan pihak polis mungkin kerana berasa tercabar dengan amaran yang diberikan Tajudin supaya Timbalan Presiden PKR tersebut tidak masuk campur dan mempersoalkan tindakan pihak polis memanggil anaknya untuk diambil keterangan mengenai penglibatannya dalam perhimpunan bersih.

Masih lagi tidak mahu mengaku kalah, Azmin sempat mencadangkan supaya pihak polis menjalankan tugas direkodkan keterangan anaknya pada 25 November ini. Perkara ini disuarakan melalui peguamnya Latheefa Koya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment