Wednesday, November 11, 2015

DAP Cuba Hasut Penduduk Luar Bandar Dengan Dakyah RM 2.6 Billion

Mungkin tidak berjaya untuk mendapatkan sokongan dari parti Pas untuk menjayakan kempen “Mana 2.6 Bilion” dan rancangan yang diwujudkan bagi menggulingkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kini DAP beralih arah pula dengan mensasarkan golongan masyarakat luar bandar bagi mempengaruhi pemikiran mereka mengenai agenda “Mana 2.6 Bilion”. Mengajar dan mengajak masyarakat luar bandar supaya terus membenci dan bersama-sama ‘berkorban’ menjatuhkan pemimpin negara.

Taktik kotor mereka bermula bulan lalu dengan mengedarkan risalah-risalah mengenai isu 1MDB, ada juga risalah yang memuatkan kenyataan Majlis Raja-raja. Taktik mengedarkan risalah ke kawasan luar bandar ini kononnya bertujuan bagi menyampaikan khabar berita mengenai isu 1MDB yang kononnya gagal dilaporkan oleh media.

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata sebanyak 100,000 risalah dalam bahasa Melayu telah dicetak. Risalah tersebut dicetak Bahasa Melayu kononnya bagi memudahkan orang memahami apa yang berlaku di ‘sebalik tabir’.

"Adalah jelas bahawa terdapat kuasa yang cuba sedaya upaya untuk menyekat siasatan ke atas 1MDB dan skandal derma RM2.6 bilion. Kami tidak akan benarkan mereka untuk berjaya kerana penjenayah ini telah menjejaskan kesejahteraan ekonomi Malaysia.

"DAP telah mencetak 100,000 risalah yang memuatkan kenyataan Majlis Raja-raja dalam Bahasa Malaysia, dan kami akan mengedarkannya di kawasan luar bandar Melayu supaya rakyat boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang berlaku di negara kita," kata Teo.

Taktik mereka ini bukan sahaja mampu memberi pemikiran negatif kepada masyarakat luar bandar, malah menjatuhkan lagi air muka pentadbiran kerajaan. Kononnya DAP nak tunjuk yang kerajaan ni jahat sangat! Kurang ajar betul mereka ni.. Pas tak nak kerja sama sekarang ni mereka cuba nak hasut orang luar bandar pula.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment