Wednesday, November 11, 2015
Tony Pua Hanya Berani Mencabar Bukan Melaksanakan Cabaran - Arul Kanda
Saya merujuk kepada perintah oleh Speaker Dewan Rakyat YB Tan Sri
Pandikar Amin Mulia terhadap cabaran YB Tony Pua untuk berdebat dengan
saya di televisyen secara langsung. Saya sangat menghormati Speaker dan
kebijaksanaan beliau dalam menjaga integriti Dewan yang mulia itu dan
prosiding PAC.
YB Tony Pua telah mencabar saya untuk berdebat di televisyen secara
langsung pada 29 Oktober 2015. Pada hari yang sama, saya telah menerima
cabaran YB Tony Pua dengan satu syarat – “Demi mengekalkan integriti
siasatan PAC, dan untuk mengelakkan sebarang konflik berkepentingan, YB
Tony Pua mesti meletakkan jawatan terlebih dahulu daripada PAC”.
Apabila YB Tony Pua tidak mempunyai keberanian untuk melakukan
perkara yang betul dan meletakkan jawatan daripada PAC, pada 31 Oktober
2015, saya telah menarik balik syarat tersebut. Saya telah menerima
cabaran beliau tanpa sebarang syarat memandangkan YB Tony Pua telah
membuat pelbagai dakwaan yang salah terhadap 1MDB dan saya sendiri, jadi
saya mahu berdebat secara terbuka dan membetulkannya.
Sekarang YB Tony Pua telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan
meletakkan jawatan dari PAC dan beliau tidak akan berdebat dengan saya.
Beliau telah memilih untuk bersembunyi di sebalik keahliannya dalam PAC
untuk lari daripada pertarungan yang beliau secara agresifnya menganggu
saya untuk menerima, di mana saya telah bersetuju tanpa sebarang syarat.
Berdasarkan pengalaman lepas, saya syaki cabaran Tony Pua lebih berunsurkan politik daripada keinginannya
untuk mendedahkan kebenaran. Sebagai Ahli Parlimen untuk dua penggal,
sepatutnya beliau sudah arif dengan prosedur Parlimen dan tahu bahawa
debat itu tidak akan berlaku.
Saya ambil tahu bahawa gabungan Tony Pua telah menawarkan Rafizi
Ramli sebagai pengganti berdebat. Soalan yang paling jelas adalah
mengapa tidak YB Rafizi menggantikan YB Tony Pua dalam PAC supaya Tony
Pua boleh berdebat dengan saya? YB Tony Pua yang telah mencabar saya.
Beliau menjadikannya sesuatu yang peribadi, dan menggunakan kata-kata
mengejek seperti “saya tidak akan menumbuk beliau”, “dakwaan saya”,
“memalukan saya” dan sebagainya.
YB Tony Pua yang telah mengeluarkan cabaran untuk berdebat dan saya
menerimanya tanpa sebarang syarat. Tidak pernah ada sebarang soalan
berkaitan debat dengan Pakatan Harapan, tetapi sekarang muncul secara
tiba-tiba, dalam keadaan terdesak dan saat-saat akhir, untuk
menyelamatkan YB Tony Pua daripada malu.
Ini semua jelas permainan politik, di mana saya sebagai seorang professional, tidak akan ditarik bersama.
Saya menghormati YB Rafizi Ramli sebagai pencabar yang layak. Beliau
adalah seorang pendebat yang baik dan penuh sifat kelelakian. Saya amat
suka zaman berdebat dengan beliau semasa zaman muda kami dahulu.
Walaubagaimanapun, Speaker memegang kuasa mutlak bagi semua perkara
berkaitan Parlimen. Beliau telah mengeluarkan perintah ke atas
tanggungjawab saya sebagai saksi PAC dan sebarang debat hanya boleh
diadakan selepas pendengaran kes PAC.
Untuk 10 soalan yang didakwa akan dibangkitkan oleh YB Tony Pua
semasa debat, saya dengan ini mengesahkan bahawa 1MDB akan memberi
respon untuk kesemua soalan,pada masa dan dalam forum yang sesuai,
termasuk pihak berkuasa yang sah seperti PAC.
1MDB menegaskan kesediaan kami untuk berdepan dengan PAC. Pada masa
yang sama, saya dan kumpulan akan kekal focus dan komited untuk
melaksanakan pelan rasionalisasi 1MDB.
Arul Kanda, Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment