Wednesday, November 11, 2015

Mat Sabu Dan PKR Jangan Mimpi Boleh Bertanding Di Kerusi PAS...

Sebagaimana maklum, baru-baru ini DAP Selangor yang kini diketuai oleh Tony Pua mula menunjukkan taring sulung mereka apabila memberi kata dua kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, untuk memecat wakil PAS dari jawatan Exco Kerajaan Negeri atau DAP akan keluar dari barisan kepimpinan kerajaan negeri itu.

Lebih menarik lagi, DAP Selangor turut menunjukkan sikap 'gila kuasa' mereka apabila mengumumkan bahawa mereka akan bertanding di semua kerusi DUN di negeri itu yang ditandingi oleh PAS pada pilihanraya umum yang akan datang.

Selaku parti yang paling rendah bilangan jumlah kerusi dalam DUN Selangor namun dilantik sebagai Menteri Besar, nampaknya Azmin berkemungkinan tiada pilihan lain kecuali memecat Exco Kerajaan Negeri dari kalangan wakil-wakil rakyat PAS tidak lama lagi.

Namun penulis yakin bahawa Azmin sedar dengan tindakan memecat wakil-wakil PAS itu, maka kerajaan yang dipimpinnya itu akan bertambah goyah ekoran kelebihan sekadar 2 hingga 3 kerusi sahaja, sekaligus menyaksikan kerajaan negerinya hilang majoriti 2/3.

Dengan asakan dari pihak 'musuh' dalaman PKR sendiri di Selangor, 'pemberontakan' dan 'penguasaan' DAP dalam kerajaannya, ditambah pula dengan Amanah yang masih 'mentah' serta PAS yang tidak lagi diiktiraf DAP sebagai sebahagian dari pakatan mereka, isu-isu besar itu dijangka memeningkan kepala Azmin.

Soalnya, DAP secara unilateral dan memutuskan sendiri akan bertanding di semua kerusi DUN Selangor pada pilihanraya umum yang akan datang. Ia bermaksud, PKR dan Amanah usah bermimpi untuk merampas mana-mana kerusi yang ditandingi PAS nanti.

Keputusan DAP itu seolah-olah membuktikan mereka memang tidak peduli pada Parti Amanah Negara (Amanah) mahupun PKR sendiri. Sedang Amanah dan PKR terintai-intai kerusi PAS, tiba-tiba DAP awal-awal lagi sudah 'potong jalan'? Melepaslah Mat Sabu dan PKR...

Pada pandangan penulis, kenyataan DAP Selangor itu membuktikan betapa bongkak dan angkuhnya DAP dengan 'macai-macai' mereka. Setelah puas bertahun-tahun 'memperkudakan' PAS, kini tiba masanya mereka 'menunggang' Amanah dan PKR pula.

Setelah menjadi 'khalifah' di Pulau Pinang dengan 'khadam-khadam' yang terpaksa 'kowtow' pada mereka, DAP kini melebarkan penguasaan mereka di Selangor dengan menekan Azmin dan Amanah di Selangor. Bijak benar cara DAP, bukan? Selepas ini di mana pula? Johor?

Malangnya, masih ada lagi yang tidak sedar-sedar dari mimpi mereka. Masih lagi terpercaya pada dakyah DAP yang kononnya 'multi-racial', tidak chauvinis dan ultra kiasu. Mereka masih tidak sedar tentang gerakan DAP yang begitu konsisten meng'Singapura'kan satu persatu kawasan jajahan mereka.

Malah lebih malang lagi, mereka yang terpengaruh dengan dakyah DAP juga terdiri dari beberapa individu Melayu liberal yang kurang jatidiri bangsa dan ruh agama, membiarkan diri mereka diulit mimpi indah tajaan DAP. Bila kita samakan mereka dengan 'si kitul', mereka marah pula, kan?

Meskipun PAS kini dilihat lebih 'cerdik' sedikit selepas teruk 'diliwat' DAP sejak 2008, kini tugas sebagai 'keldai tunggangan' beralih tangan kepada Amanah dan PKR. Ayuh kita tengok berapa lama Mat Sabu dan Wan Azizah sanggup jadi tukang kipas DAP...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment