Wednesday, November 11, 2015
Apa Agenda Banduan Sungai Buloh Membela Dr Mahathir?
Jika tidak kerana disokong oleh ramai pendokong-pendokongnya yang
'dipaksa' mendokong beliau selama lebih 22 tahun, penulis berpandangan
bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir akan dilihat tidaklah
sehebat mana.
Malah sekiranya ditahun 1985, kira-kira 4 tahun selepas beliau dilantik
menjadi Perdana Menteri, mungkin pada tahun 1987 dulu kariernya di
jawatan nombor satu negara itu tidak bertahan lama. Mungkin Tengku
Razaliegh Hamzah, mungkin pemimpin lain yang gantikan tempatnya...
Sekiranya dirujuk pada tindakan-tindakan beliau dulu, beliau tidaklah
sehebat mana. Untungnya Dr Mahathir ketika itu ialah beliau menjalankan
dasar kawalan 'kuku besi' terhadap pemimpin politik kerajaan yang
terpaksa menjadi 'pak turut' dan mempromosikan beliau sebagai 'tokoh
ulung negara' di depan rakyat.
Banyak sekali tindak-tanduknya yang menjadi kontrovsersi dan 'dipeti
sejukkan' sebegitu sahaja termasuk tindakannya memilih serta mengangkat
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'anak emas'nya hingga menyebabkan UMNO
mengalami 'kerosakan' teruk.
Setelah memecat Anwar dan menyumbat 'kaki liwat' itu ke penjara Sungai
Buloh, kita semua maklum bahawa Dr Mahathir walaupun sudah berumur 90
tahun merupakan musuh ketat kepada Ketua Umum PKR itu. Khabarnya, kalau
Anwar jadi Perdana Menteri, memang nahaslah Dr Mahathir...
Pelik bin ajaib, tiba-tiba Anwar di dalam penjara marah-marah bila pihak
polis mengambil keterangan dari Dr Mahathir. Katanya, jangan ganggu
bekas Perdana Menteri itu. Malah Anwar mengecam pihak PDRM yang
menyiasat individu yang memecat dan memenjarakannya itu.
Apa agenda Anwar sebenarnya apabila bersungguh-sungguh benar mempertahan
insan yang pernah menhancurkan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri
itu? Tiba-tiba banduan itu sayang sungguh kepada Dr Mahathir?
Rata-rata pemimpin dan aktivis politik mungkin bersetuju bahawa di dalam
politik, segalanya berkemungkinan berlaku. Kawan boleh jadi lawan, dan
seteru utama boleh pula berpeluk menjadi rakan karib untuk tujuan
tertentu, itulah 'politik' di mata mereka.
Pada pandangan penulis, semua itu adalah sandiwara semata-mata. Dalam
bahasa kasarnya, ialah 'wayang opera' atau 'wayang kulit', sekadar
hiburan semata-mata. Tiada yang lebih tersirat melainkan hanya
kepurap-puraan di sebalik muslihat tersembunyi...
Apa motif Anwar membela musuhnya itu? Paa penulis, satu-satunya motif
utama Anwar ialah menjatuhkan Dato' Seri Najib Tun Razak dari kerusi
Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya dia mahu Dr Mahathir meneruskan
tohmahan-tohmahan propaganda dari Sarawak Report untuk mencemar reputasi
Najib di mata rakyat.
Anwar tahu Dr Mahathir masih punya pengaruh walau usianya bagaikan
'kubur kata mari, rumah kata pergi'. Anwar tahu bahawa Dr Mahathir masih
boleh diperguna untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Anwar juga tahu
bahawa Dr Mahathir mampu membuat sesuatu yang tidak benar supaya
kelihatan benar. Bukankah Dr Mahathir itu 'guru' Anwar?
Lebih utama, Anwar tahu bahawa sumber serangan Dr Mahathir terhadap
Najib ialah beberapa 'dokumen' dan 'fakta' dari Sarawak Report. Dia juga
tahu bahawa dokumen-dokumen asli yang sebenarnya hanyalah dokumen biasa
yang diperoleh dari Xavier Justo telah diedit oleh pihak tertentu di
Sarawak Report.
Malah, Anwar juga tahu berdasarkan 'dokumen-dokumen' palsu yang telah
diedit itu, sekiranya dibawa ketengah oleh insan seperti Dr Mahathir,
maka orang ramai akan percaya bahawa ia adalah asli dan tidak
diubahsuai. Ramai yang percaya pada Dr Mahathir, bukan?
Lagipun, jika 'dikantoikan' sebagai dokumen palsu sekalipun, bukan
reputasi Anwar yang tercemar sebaliknya nama Dr Mahathirlah yang busuk,
bukan? Maka sudah tentu Anwar mahu Dr Mahathir terus berbunyi-bunyi
menjatuhkan Najib sebelum beliau 'masuk ke kubur'...
Lebih selesa bagi Anwar, dia hanya perlu duduk di dalam penjara Sungai
Buloh dan terus menerus mendapat layanan istimewa berbanding
banduan-banduan lain di negara ini. Makan, tidur, makan, tidur saja
kerjanya dan bila keluar nanti, mungkin Najib sudah jatuh. Kalau tidak
jatuh pun, reputasi Najib akan tercemar dan mudahlah dia merampas kerusi
Perdana Menteri, bukan?
Begitulah yang penulis jangka berlaku apabila 'mentor' dan 'menti'
beraksi di pentas politik. Kedua-duanya licik lebih dari belut. Rakyat
pula terbuai-buai dipermainkan seni retorik politik mereka sehingga
berpecah belah.
Bila ramai yang bosan dan marah dengan keadaan itu, mereka dengan mudah
akan menuding jari menyalahkan pihak kerajaan. Mereka 'cuci tangan'
bagaikan malaikat yang tidak berdosa, sedangkan tangan mereka penuh
dengan najis yang tidak tercuci sehingga ke liang lahad...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment